BAB 9

Humor Series 21935

Bumi Melbourne sekali lagi menerima kehadiran Intan Lidyana Jauhari.

Kehadirannya kali ini adalah untuk mencari ketenangan, berbeza dengan sebelum ini. Intan mengatur langkah ke tempat-tempat yang telah memalit memori di benaknya biar pun hanya memori duka. Setiap kali berkunjung ke tempat-tempat tersebut, ingatan Intan tidak pernah berhenti daripada mengingati Hakimi.

Bagaikan terasa kehadiran Hakimi di sisinya pada ketika itu. Sewaktu melalui kaki lima berhampiran dengan Southgate Leisure Precinct, Intan terpandangkan tempat di mana dia dan Hakimi bertegang urat di situ gara-gara Hakimi yang sering menduga kesabaranya.

Terlayar lagi peristiwa ditubir ingatan Intan.

“Kimi, boleh tak tolong bawakan barang I ni?? I dah tak larat lah…”pinta Intan, meraih simpati.

Terpaksa juga dia menebalkan muka meminta pertolongan Hakimi memandangkan dirinya benar-benar kehabisan tenaga dek kerana menjinjing beg yang penuh berisi barabg-barang yang dibelinya tadi, ditambah pula dengan penat ke hulu ke hilir meredah kota Victoria itu. Julia dan Luqman pula bagaikan belangkas.

Sekejap sahaja kelibat mereka berdua sudah tidak kelihatan.

“Excuse me… Are you talking to me??”tanya Hakimi. Berpura-pura tidak mendengar.
Intan mulai bengang dengan kata-kata yang keluar dari mulut jejaka yang berada beberapa langkah daripadanya.

“Eh, tak de lah… I cakap dengan tiang ni tadi…”balas Intan sambil memuncungkan bibirnya.

“Oh, great!! I ingat tadi, ada tuan puteri yag minta I bawakan barang-barang dia… Anyway, kalau ada, please say to her, 'It's not my pleassure…” sengaja Hakimi mencurahan minyak tanah di atas bara api.

Berdesing telinga Intan tatkala mendengar butir-butir kata yang keluar dari mulut Hakimi itu. Ada sahaja perkara yang cuba jejaka lakukan untuk menyakiti hati Intan.

‘’Ya Allah, sakitnya hati aku… Mamat ni memang nak kena… Apa, kau ingat kau tu bagus sangat?? Ini tak boleh jadi!” jerit hati kecil Intan. Darjah kemarahannya hampir sampai ke puncak.

“Excuse me… You ingat, you tu bagus sangat?? Daripada I minta tolong kat you, lebih balik I minta tolong kat tiang ni… Hati I pun tak sakit… If I really need a help, sekali I petik, bersusun yang datang nak tolong tau!! Setakat muka you ni, simpan je lah…”bidas Intan. Dihamburkan kemarahannya pada lelaki itu. Jangan disangka dirinya senang untuk diperkotak katikkan.

“Owh, ye ke?? Tak sangka pula I… Mana semua orang-orang yang nak tolong you tu?? Kalau yang datang semua tua-tua kerepot yang dah nak sampai ajal, macam mana??”Hakimi masih lagi enggan mengalah.
Intan bertambah sakit hati.

“Iskh…. Weeeaaakkk….”rungut Intan sambil menjelirkan lidah dan menghetakkan kakinya. Lalu, lelaki itu ditinggalkan sendirian di tepi kaki lima itu.

Hakimi cuba menahan tawa yang hampir terhambur keluar.

Intan sedar, Hakimi masih lagi mengekori langkahnya dari belakang. Oleh itu, langkahnya cuba diatur sepantas yang mungkin biarpun di dalam kepayahan menjinjing barang-barang. Hatinya tidak henti-henti menyumpah seranah lelaki itu sepanjang perjalanannya pulang ke hotel penginapan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience