“Dah, aku nak pergi sana dulu.” Ariz bergerak menuju kearah perempuan yang dari tadi dia merenungnya. Syarul mengeluh. Dia hanya memerhatikan sahaja gelagat temannya bersama seorang gadis.
Macam mana aku nak pulihkan keadaan ini semula? Soalan itulah yang selalunya menganggu fikirannya sekarang. Perasaan bersalah sentiasa ada dalam diri ini sejak Ariz dan Alin semakin rapat.
Apa aku nak buat? Dia mengeluh dam meramas ramas rambutnya.
“Hmm..mana suami kamu?” Soal Puan Zara ketika Alin sampai di meja makan. “Tengah tidur lagi.” Balas Alin sambil tangannya menyenduk nasi goreng masakan ibunya ke dalam pinggan.
“Matahari pun dah bangun, yang dia masih berkabung lagi.” Tutur Encik Zikri selamba.Terselit nada marah dalam bicara Encik Zikri. Puan Zara dan Alin memandang Encik Zikri dengan pandangan hairan.
Bukan dia tidak tahu perangai sebenar menantunya. Depan anaknya konon baik seperti malaikat padahal di belakang mengalahkan binatang! Dia tahu tentang perangai menantunya yang suka melepak di kelab malam kerana pernah satu malam dia hampir melanggar seorang pemuda yang sedang mabuk. Berombak dadanya bila dia hampir melanggar orang. Bila diaamati wajah pemuda itu rupanya pemuda itu adalah Ariz! Kemudian datang seorang rakan Ariz menarik Ariz daripada menghalang laluan keretanya.
Sungguh dia tidak percaya! Pandai sungguh menantunya berlakon baik dihadapan anaknya. Pernah juga dia memberitahu perangai Ariz kepada Alin namun Alin menindakkan kata katanya. Sekarang nasi sudah menjadi bubur. Lelaki penipu itu pun sudah selamat menjadi suami Alin.
Alin menaikkan sebelah keningnya. Sejak dari dia bernikah dengan Ariz sehingga ke hari ini ada sahaja ungkapan yang tidak menyenangkan keluar dari mulut bapa kesayangannya itu.
Kenapa eh? Setahunya, dari dulu lagi ayahnya nakkan seorang menantu. Bila dah diberi begini pula jadinya.
“Abang ni kenapa?” Soal Puan Zara tanda tidak suka dengan bicara Encik Zikri.
“Takde apa apalah! Dah abang pergi kerja dulu.” Segera dia bangun dari tempat duduknya. Tidak betah pula rasanya bila anak dan isterinya memandangnya dengan pandangan hairan
“Dah habis dah? Sikitnya abang makan? Ni siapa lagi nak makan ni?” Soal Puan Zara bertalu talu. Selalunya suaminya menghabiskan sarapan yang ada diatas meja sehingga licin. Kali ni tidak pula!
Hairan! Mesti ada sesuatu ni. Aku mesti siasat. Kata hati Puan Zara.
“Mak, ayah tu kenapa? Macam anti sangat je dengan abang Ariz.” Kata Alin. Sedikit sebanyak dia terasa jugak dengan perlakuan ayahnya terhadap suaminya. Entah apalah salah yang Ariz bat sampai ayahnya itu kelihatan marah sekali.
“Entahlah, Alin. Pelik je mak tengok dia tu.” Balas Puan Zara sambil mengeluh.
“Riz, nenek rasa Ariz kena beritahu Alin lah.” Tutur Nek Leha ketika Ariz dan isterinya melawatnya di Melaka. Kampung tempat tinggal nenek Ariz. Bukan apa kesian dia tengok Alin seperti diperbodohkan. Kononnya nak cari yang bukan kaki clubbing, kaki mabuk, kaki perempuan, alih alih dapat pula suami yang begitu.
“Alah, nenek ni janganlah kacau mood Ariz. Nanti sampai masa Ariz beritahu lah.” Kata Ariz sambil lewa. Sebenarnya dia takut jugak kalau isterinya tahu tentang ni tapi baginya itulah kebahagiannya. Sukar untuk dia membuang tabiatnya itu.
“Nenek bukan nak menyibuk tapi nenek kesian tengok Alin. Rasa macam…”
“Macam apa? Diperbodohkan? Dipermainkan?” Potong Ariz. Nek Leha terdiam.
“Nek, Ariz sayang Alin. Ariz cintakan Alin takkan Ariz nak perbodohkan dia pula. Takkan Ariz nak mainkan dia pula. Apa kena mengena pasal ‘hobi’ Ariz dengan permainkan Alin? Nenek ni jangan risau lah. One day, Ariz akan beritahu jugak and masa tu Ariz yakin Alin dapat terima Ariz seadanya.” Tutur Ariz panjang lebar tanpa sekelumit pun rasa ragu.
Share this novel