BAB 1

Romance Completed 5351

“Aku terima nikahnya Farrah Alina binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebanyak lapan puluh ringgit tunai!” Dengan sekali lafaz saja kini Ariz Razman sudah sah menjadi isteri kepada Farrah Alina. Mereka dinikahkan di rumah kecil milik keluarga Alin.

Ariz perhatikan yang ayah mertuanya asyik memerhatikan sahaja tingkah lakunya. Apa yang lelaki itu pandang pun dia tak pasti. Dia hanya membiarkan sahaja gelagat ayah mertuanya itu. Yang dia tahu dia tak buat salah pun jadi buat apa dia nak takut.

Alin berasa terharu sebentar. Kini dia sah menjadi isteri kepada Ariz. Lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang. InsyaAllah dia akan membina sebuah mahligai yang bahagia dan aman bersama suaminya yang sah lagi halal itu. Sempat tangannya mengesat air matanya yang tumpah sedikit itu. Tanda dia berasa bangga memiliki seorang suami yang amat menyayanginya.

Ariz mula bergerak perlahan lahan daripada tempat duduknya. Dia mencari cari kelibat wajah isterinya yang ayu mengenakan busana berwarna putih sedondon dengannya. Wajahnya pula hanya dikenakan make up yang serba ringkas tapi masih kelihatan cantik pada matanya. Bibirnya pula mengukir senyuman. Dia juga pasti Alin juga pasti sama sepertinya. Senyum sampai ke telinga. Matanya tepat merenung wajah cantik isterinya. Perlahan lahan tangan isterinya ditarik untuk menyarungkan cincin yang bertakhtakan berlian.

“Forever you’ll be mine. I promise.” Tutur Ariz perlahan selepas menyarungkan cincin itu selepas itu dia mencium dahi Alin lama. Cahaya dari kamera dari tadi tidak berhenti berkelip.

Mengambil gambar yang indah disaat mereka sedang diulit bahagia. Menyimpan kenangan ini sebagai memori yang paling terindah yang pernah dihadiahkan kepadanya daripada tuhan. Dan dia pasti akan menjaga lelaki sebaik Ariz dan takkan dibiarkan lelaki itu terkontang kanting seorang diri.

“And I’ll love you till jannah. I promise.” Balas Alin lembut ketika Ariz mencium dahinya lama.

“Sayang.” Panggil Ariz meleret. Tangannya cuba meraih tangan isterinya. Lembut dan cantik. Alin pandang Ariz dengan mata besarnya. Majlis perkahwinan mereka sudah selamat dijalankan dengan jayanya. Semuanya berkat kerjasama semua pihak keluarga.

“Hamboii! Dah bersayang sayang pulak dia. Apa dia?” Soal Alin. Tangannya dilepaskan. Malu orang tengok nanti. Sudahlah mereka berada di ruang tamu.

“Penatlah, sayang.” Adu Ariz sengaja nak tengok reaksi Alin. Dia cuba meraih kembali tangan Alin tetapi dihalau pulak tangannya.

“Penat pergi la tidur. Yang tangan tu dok menjalar jalar tu dah kenapa? “ Sebal pulak tengok suaminya yang tak reti dok diam. Pukul kang!

“Haha…biarlah kita kan dah halal. Dulu abang nak pegang tak boleh. Jual mahal sangat.” Balas Ariz. Kali ni dia dah tak mencari tangan Alin tetapi dipeluk terus bahu Alin supaya rapat dengan bahunya.

“Hei! Limited edition tau ni. Orang terpilih je boleh peluk peluk macam ni. Dah lepaslah, abang.” Alin meronta ronta minta dilepaskan. Mujur tiada orang yang lalu di sini melihat kegatalan suaminya ini. Mengada ngada!

“Ehem!” Alamak! Muka Alin sudah merah.Terlepas juga tangan Ariz daripada bahunya. Kedua dua pengantin baru itu terkejut. Alin sudah merah pipi. Ariz pulak masih lagi selamba.

“Alin, Ayah kau panggil tu.” Kata Fatin a.k.a. Bestfriend forever Alin dengan kuat. Sengaja nak kacau daun.

“Okey. Ariz, I pergi dulu.” Ariz hanya mengangguk sambil matanya melihat pemergian isterinya.

“ Kau ni kacau daun lah!” Marah Ariz. Sengaja je Fatin ni.

“Kau tulah menggatal tak tengok tempat. Kesian Alin aku tengok terpaksa menghadap kau hari hari nanti.” Balas Fatin pedas. Ayat kejam sehh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience