Dia cuba menguatkan dirinya. Tidak lama kemudian dilihat Ariz keluar sambil terhuyung hayang manakala sebelah tangannya Ariz terletak elok diatas bahu seorang gadis yang bagi pandangan matanya agak seksi. Akhirnya air matanya tumpah. Dia mengesat air matanya. Semangatnya yang tinggal sisa tu dikumpulkan supaya kuat ketika berhadapan dengan lelaki penipu itu.
Dengan pantas dia keluar daripada keretanya dan langkah kakinya diatur dengan pantas menuju kearah mereka berdua. Kalau boleh mahu sahaja dia campak mereka berdua ke dalam laut. Biar tenggelam sampai ke dasar! Dasar penipu!
“Well done! You did a good job!” Kata Alin seraya bertepuk tangan melihat suaminya. Automatik muka suaminya berubah dan tangannya terlepas daripada pautan gadis itu.
“Sayang, siapa ni?” Soal gadis itu terkinja kinja. Dia memeluk tangan suaminya. Semakin berapi Alin dibuatnya.
“You simpan rahsia besar sampai kita kahwin. You berlagak alim depan I selama ni. You ingat I ni tunggul ke?” Marah Alin. Volume suaranya boleh dikatakan yang paling kuat sekali. Air matanya tumpah tanpa dipinta.
Penampar sulung akhirnya singgah di pipi Ariz. “ Ini untuk you yang mempermainkan hati I.”
Sekali lagi penampar itu singgah tetapi pada gadis itu pula. Tercengang gadis itu dibuatnya. “ And ini untuk you perempuan tak tahu malu nakkan suami I.” Kata Alin marah. Nadanya tegas dan serius.
“Wait! Sayang, I can explain. Please forgive me.” Tutur Ariz. Dia mencapai tangan Alin tetapi Alin bertindak menarik tangannya semula. Selepas melepaskan rasa terbukunya dia terus beredar dari tempat itu. Tempat yang paling dibenci olehnya.
“Sayang! You nak pergi mana? Siapa perempuan tu?” Soal gadis tadi. Wajahnya terpampang jelas kekeliruan yang sedang berlaku.
“I nak kejar isteri I” Dengan langkah terhuyung hayang dia melangkah pergi menuju ke keretanya.
“Isteri you? Dah tu I macam mana? You kata you nak kahwin dengan I!” Kata gadis itu lagi. Dia menghentakkan kakinya. Suaranya sedikit meninggi tetapi tidak dipedulikan Ariz. Ditinggalkan sahaja gadis itu sendirian.
Ariz membuka kasutnya sebelum masuk kedalam rumah mereka. Segera dia berjalan terhuyung hayang kesan daripada minuman haram itu menuju ke bilik mereka. Dia mengetuk pintu billik tetapi Alin mengunci bilik.
“Sayang! Tolong dengar cakap abang!” Abang boleh jelaskan.” Tutur Ariz. Kali ini dia berasa betul betul menyesal atas kesilapan yang dilakukan. Kalau boleh mahu sahaja dia melutut kepada Alin agar memaafkannya.
“You nak explain apa lagi? Semuanya sudah jelas! You penipu!” Marah Alin. Sudah tiada lagi
panggilan ‘abang’ untuk suaminya. Dia duduk di birai katil sambil menangis teresak esak.
“Sayang, maafkan I. Kita bawa berbincang,ya.” Ariz masih cuba memujuk isterinya. Walaupun dalam keadaan separuh sedar tetapi dia sedar yang isterinya memang betul sudah bencikannya.
“Memang betul kata ayah I. You ni pemabuk! I menyesal tak ikut cakap ayah I. Malah I backup you yang sememangnya jahat! Tak sepatutnya I kahwin dengan you! I benci you! I benci you!” Kata Alin teresak esak. Sungguh dia benar benar menyesal tidak mengikut kata ayahnya. Sekarang ini terimalah padahnya.
Patutlah ayah mentuanya tidak berapa sukakannya. Rupanya ayahnya itu sudah tahu perangai yang teruk itu. Tapi bagaimana ayahnya boleh tahu?
Ariz duduk bersandar di pintu bilik sambil mengetuk daun pintu bilik. Sehingga akhirnya dia tertidur.
Share this novel