“Eleh, kau tu jeles sebab tak ada suami lagi. Nanti kau dah kahwin tahu la kau macam mana rasanya.” Ariz menjelir lidahnya sambil berlalu pergi masuk ke biliknya meninggalkan Fatin keseorangan.
“Aku kalau nak cari suami pun tak adanya yang gatal tak sudah macam kau ni. Geram pulak aku dengan mamat ni. Nasib baik laki kawan aku, kalau laki aku yang cakap macam tu dah lama kena belasah dengan aku!” bebel Fatin seorang diri. Rasa nak pijak pijak aje Ariz ni. Mulut celupar! Geram aku!
Suasana yang membingitkan itu sudah menjadi kebiasaan pada dirinya. Disini la tempat dia selalu menghabiskan masanya. Melihat pelbagai kaum yang majoritinya adalah pemuda dan gadis yang satu bangsa dengannya. Disini tempat untuk dia menghiburkan dirinya sendiri. Dikelilingi perempuan perempuan yang cantik dan sahabatnya ketika dia memerlukan.
“Bila kau nak stop pergi tempat macam ni?” Soal Syarul. Suaranya dikuatkan supaya dapat didengari oleh temannya itu. Muzik yang sangat kuat kadang kadang amat membingitkan telinganya. Tapi di tempat ini lah dia dapat menari bersama gadis yang cantik cantik. Baginya inilah syurganya. Tak mungkin dia nak lepaskan begitu sahaja.
“Hahaha. Buat apa aku nak tinggalkan tempat macam ni? Sebab aku dah kahwin? So, aku kena tinggalkan benda benda ni? No way la brother.” Kata Ariz sambil gelak kecil.
“Nanti macam mana dengan Alin?” Soal Syarul sambil meneguk air coke. Dia masih lagi tidak pernah menyentuh minuman haram itu. Tujuannya datang ke sini cuma untuk menghiburkan diri sahaja tidak lebih dari itu
“Pandai pandai la aku tipu dia bila aku nak ke tempat ni.” Balasnya selamba. Tadi ketika dia hendak keluar pun dia memberikan alasan ingin berjumpa kawan kerana hendak berbincang tentang kerja.
“Kau tak takut ke bila tiba tiba dia dapat tau pasal ni? Macam yang kau tau Alin anggap kau orang yang baik baik. Mesti dia tak sangka rupanya kau kaki perempuan!” Balas Syarul juga. Dia bukan apa, dia takut bila hati perempuan yang baik budi pekerti seperti Alin dipermainkan. Dia sedar dia bukanlah sebaik mana tapi dia tidak tega menghancurkan hati perempuan yang baik hatinya.
“Cakap jelah aku akan berubah. Kau kena tahu satu perkara. Aku memang cintakan Alin tapi tempat ni dah jadi tempat kegemaran aku. Kat sini aku boleh berkawan dengan sesiapa je yang aku nak.” Balasnya lebar panjang.
ibubapanya pun sudah banyak menasihatinya tetapi semuanya ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bahkan sudah berkahwin pun ibubapanya terus memberikan nasihat tetapi dia pun tidak tahu mengapa hatinya begitu degil untuk mendengar nasihat.
“Kau tak rasa hati dia hancur ke bila dia dapat tahu yang kau menipu?” Soal Syarul lagi. Dia cuba memberi amaran secara diam.
“ Dia mesti dengar cakap aku. Lagipun talak kat tangan aku. Dia boleh buat ape je kalau dia tahu?” Kali ni Syarul mendiamkan diri saja. Tak tau bagaimana caranya supaya Ariz tak menyakiti hati Alin yang tulus mencintainya.
“Kau tak payah risau. Dia tu wife aku. Apa apa yang jadi aku tanggung. Aku tahu kau risau kalau aku sakitkan hati dia. Don’t worry. Lama lama dia akan biasa dengan perangai aku la.” Kata Ariz selamba ambil matanya galak melihat seorang gadis yang sedang menari. Syarul hanya mengeluh.
Semua ni salahnya. Kalau dulu dia tak menghasut Ariz supaya mendekati Alin pasti ini takkan terjadi. Kasihan nasib Alin. Pasti Alin menyangka Ariz seorang lelaki yang bertanggungjawab, baik , dan menghormati kaum hawa tetapi hakikatnya Ariz seorang yang sebaliknya. Dia tak menyangka rancangannya untuk mempermainkan hati Alin dulu bertukar menjadi cinta kepada Ariz dan Alin.
Dulu Alin seorang yang hati batu dan keras kepala kerana itu dia mencabar Ariz supaya melembutkan hati perempuan itu. Tetapi itu sekadar untuk bermain sahaja. Tiada niat pun dia menyakitkan hati perempuan itu secara berlebihan. Tetapi tanpa pengetahuannya, Ariz dah meluahkan perasaan yang sebenar kepada Alin bahawa dia memang amat menyayangi Alin.
Bermula dari situ perasaan bersalah menghantui dirinya. Kalau Ariz menyatakan perangainya yang sebenar tak apa la, tapi tidak. Tiba tiba sahaja dah nak kahwin. Semakin menebal perasaan bersalahnya terhadap Alin. Dia hanya mampu berharap agar perkahwinan Ariz dan Alin sempat dibatalkan namun hampa. Mereka kelihatan bahagia pula di matanya.
Share this novel