BAB 7

Romance Completed 5351

“Abang! Maafkan Alin,abang. Alin berdosa.” Dia mencapai tangan suaminya lalu dicium bertalu talu. Hatinya hancur apabila melihat suaminya terbaring kaku. Mukanya pucat lesi. Dilihat bahagian kepala dan tangannya berbalut.

Doktor Syarul tersenyum. Dengan langkah perlahan dia memasuki bilik tersebut. Dia agak sedih melihat Alin menangis seperti itu. Tapi apakan daya, disebabkan kedegilan Alin lah semua ini terjadi. Dia berpeluk tubuh sambil memerhati sahaja Alin daripada belakang. Dia ingin melihat sejauh mana kesungguhan Alin menyayangi Ariz.

“Maafkan Alin,abang! Alin sayang abang. Abang jangan tinggalkan Alin.Alin cintakan abang!” Tutur Alin sayu. Kali ini dipeluk pula tubuh kaku itu. Dia peluk seeratnya. Kalau boleh dia ingin menuturkan kata cinta kepada suaminya setiap hari. Setiap masa. Setiap saat.

“Abang, Alin tak kisah tentang keburukan abang lagi asalkan abang bangun.Alin tak boleh hidup tanpa abang. Alin sayang abang.”Tutur Alin dalam tangisan.

Tiba tiba dia merasakan pelukannya berbalas. Automatik matanya memandang muka Ariz. Dilihat Ariz sedang senyum tetapi matanya masih tertutup rapat.

“Abang?” Panggil Alin. Air matanya tiba tiba berhenti mengalir. Dia mengesat air matanya.

“Abang pun sayangkan Alin. Cintakan Alin.” Ariz mengeratkan pelukannya. Saat ini baru matanya terbuka. Dia mencium dahi isterinya.

“Abang! Jangan tinggalkan Alin. Alin janji Alin akan terima abang seadanya. Alin janji” Dia nekad. Dia akan tetap berada di sisi suaminya walau apapun yang terjadi.

“Abang pun takkan tinggalkan sayang.Maafkan segala dosa abang pada Alin.” Tutur Ariz sebak. Terasa air matanya akan jatuh pada bila bila masa.

Doktor Syarul yang memerhati pun terasa sedikit sebak dengan ‘drama’ yang berlaku di hadapan matanya. Dia mara kearah mereka sambil bertepuk tangan. Bibirnya tersenyum gembira.

“Finally, korang bersatu juga akhirnya.” Tutur Doktor Syarul. Dilihat Alin tercengang dengan apa yang sedang berlaku.

“Ariz! Kau memang pelakon hebat! Good job, bro!” Kata Doktor Syarul sambil ketawa.

“Wait! Wait! Apa sebenarnya yang berlaku?” Soal Alin blur. Dia masih tidak dapat menangkap apa sebenarnya yang sudah berlaku.

“Sebenarnya Ariz ni sedang berlakon. Dia tak sakit pun!” Kata Doktor Syarul sambil gelak terbahak bahak. Kelakar melihat drama yang berlaku tadi.

Alin memandang suaminya yang sedang tersengih seperti kerang busuk. Sekarang baru dia faham apa yang sudah berlaku. Tidak semena mena tangannya mencubit lengan suaminya sekuat hati.

“Auch!” Ariz menggosok gosok lengannya. Pedihnya terasa seperti tercabut kuli dengan daging! Sakit!

“Tipu Alin lagi! Tahu tak Alin cemas gila tadi!” Marah Alin lagi Sekali lagi dia mencubit perut Ariz pula. Ariz mengaduh kesakitan. Doktor Syarul pulak gelak terbahak bahak.

“You pun nak kena jugak?” Tanya Alin apabila melihat Doktor Syarul tidak henti gelak. Automatik mulutnya berhenti gelak. Takut pula dia dengan jelingan marah isteri Ariz.

“Sorry. I cuma bantu apa yang patut je. Dan I rasa kerja I dah selesai disini. Ariz, I’ll go first. Banyak lagi patient yang I yang tengah sakit tu.” Doktor Syarul meminta diri setelah segala yang dirancang bersama Ariz berjaya! Yes! Berjaya!

“Dah tahu banyak patient yang you layankan perangai Ariz ni kenapa?” Soal Alin tidak puas hati. Dia mendengus marah.

“Actually dia memang betul betul tidak sihat lah. Dia demam panas.” Terang Doktor Syarul.

Muka Alin berubah lagi. Pantas tangannya mendarat pada dahi Ariz.

Ya! Memang panas!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience