Nek Leha rasa terkaku. Apa dia ingat Alin tu tiada hati? Sudah sering sangat dia dengar Alin memuji Ariz. Dan dia tak sanggup lagi rasanya bersubahat dengan cucunya.
Tiba tiba dia teringat kata kata Alin sebelum mereka dua bernikah.
“Nek, Alin yakin Ariz calon yang paling sesuai untuk Alin.” Kata Alin bangga.Ketika itu Ariz dan Alin masih belum berkahwin lagi dan berada di rumah Nek Leha. Terhenti seketika kerjanya memotong sayur membantu Nek Leha memasak di dapur.
“Yakah? Kenapa Alin rasa macam tu?” Kata Nek Leha sambil meyiang ikan untuk dimasak asam pedas.
“Yalah. Hampir setahun lebih Alin perhati je gerak geri Ariz. Semuanya baik baik aje. Dah lah hensem, baik hati dan yang penting macho.” Ujar Alin sedikit bercanda. Nek Leha tergelak kecil. Walaupun bercanda tetapi memang itulah yang dia nampak pada lelaki bernama Ariz Razman. Semuanya baik baik belaka tiada yang buruk.
“Tapi yang paling penting sekali Ariz tu buka kaki perempuan, bukan kaki clubbing dan bukan kaki mabuk.” Tutur Alin bangga.
“Ouch!” Tangan Nek Leha terluka. Alin segera mendekati Nek Leha.
“Tangan nenek luka ni. Kejap, Alin panggilkan Ariz.” Segera Alin berlari mendapatkan Ariz yang sedang membasuh kereta kesayangannya diluar.
“Maknanya Ariz tak beritahu Alin tentang perangai buruknya tu?” Soal Nek Leha sendiri. Dia menggeleng gelengkan kepalanya sambil mengeluh.
Tidak lama kemudian Ariz dan Alin muncul dengan kotak first aid yang dijinjing oleh Ariz. Nampak benar kerisauan yang terserlah di wajah Ariz. Alin hanya memerhati sahaja tingkah laku Ariz. Makin Alin yakin bahawa pilihannya adalah benar. Dia tersenyum bangga. Bangga dengan pilihan hatinya.
Setelah beberapa bulan berpindah ke rumah baru ini dia perasan yang suaminya sering pulang lewat. Dan bila pagi sahaja dilihat suaminya sudah tiada di sebelahnya. Dia sudah berangkat kerja. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu suaminya pulang ke rumah ataupun tidak. Waktunya bersama suami pun semakin hari semakin renggang.
Apa puncanya pun dia tidak tahu. Haish! Hari ini dia harus mencari punca yang menyeabkan Ariz sering pulang lewat. Takkan lah bos Ariz begitu kejam memberikan kerja yang bertimbun sehingga menyebabkan Ariz tiada masa di rumah?
“Abang nak pergi mana pulak kali ni?”Soal Alin setiap kali suaminya hendak keluar malam.Dia berpeluk tubuh sambil memandang Ariz. Nafasnya turun naik menahan amarah.
“Abang ada hal kejap.Jangan tunggu abang balik.” Alasan yang sama diberikan setiap kali hendak keluar. Segera dia memakai kasut. Terasa seperti kelab malam yang sering dikunjungi memanggil manggilnya membuatkan dia ingin cepat cepat sampai di kelab itu.
“Okey. Jangan balik lambat sangat.” Kali ini dia nekad. Dia akan mengekori suaminya kemana dia pergi dan hal apa yang sampai sudah tiada masa di rumah. Sudah penat dia bertanya tetapi alasannya tetap sama.
Takkanlah setiap hari ada hal?
Kalau mula-mula bolehlah dibiarkan tetapi semakin lama dibiarkan makin kerap pula suaminya keluar lewat malam.
Alin memberhentikan keretanya jauh sedikit dari tempat letak kereta Ariz supaya tidak dikesan suaminya. Dilihat suaminya masuk ke dalam sebuah kelab malam tanpa mengetahui kewujudan isterinya disitu.Pada awalnya dia cuba bersikap positif walaupun kebenarannya sudah mulai terbongkar. Dia cuba mengumpul kekuatan yang ada dalam dirinya.
Sudah beberapa jam Ariz masuk ke dalam kelab tersebut. Dia cuba menahan rasa ngantuknya. Dia memandang jam di dashboard yang hampir menginjak pukul 4 pagi.
“Mana Ariz ni? Lambatnya dia keluar. Dah seronok sangat ke dalam tu sampai tak nak keluar?” Marah Alin sendiri.
Share this novel