BAB 8

Romance Completed 5351

“Kenapa abang tak beritahu yang abang demam? Soal Alin risau. Ariz hanya mendiamkan diri. Senang dengan kerisauan isterinya terhadap dirinya.

“Ya! Dia demam. Demam rindukan you. Tu yang buat idea gila sampai rela jadi patient kat hospital ni.” Kata Doktor Syarul. Sekali lagi dia gelak macam pesakit hospital bahagia. Tetapi dia senang dengan kebahagiaan yang dikecapi oleh sahabatnya itu. Moga tuhan sentiasa merahmati hubungan mereka. Amin.

“Sayang, boleh sebut lagi sekali tak?” Tanya Ariz setelah Doktor Syarul a.k.a BFFnya keluar dari wad itu.

“Sebut apa?”

“I love you. Alin sayang abang.” Tutur Ariz lembut. Sungguh dia rindukan bait bait ayat yang keluar dari mulut isterinya.

“I love you, abang. Alin sayang abang. Sayang abang ketat ketat.” Ujar Alin tanpa teragak agak. Kemudian dia memeluk erat suaminya yang masih terbaring di katil hospital itu. Dia dapat merasakan degupan jantung suaminya yang bergerak pantas.Ariz membalas pelukannya. Dia tersenyum bahagia.

Ya.Betul kata oang. Memaafkan itu lebih manis daripada bermusuhan. Mulai detik ini cintanya hanya akan sentiasa bertambah buat suaminya.

Ariz memerhati sahaja gelagat isterinya yang sedang bermain air di tepi pantai Haeundae, Korea. Kali ini mereka sedang bercuti di Korea. Ariz mengambil kesempatan untuk bercuti di negara yang menjadi idaman isterinya sejak di bangku sekolah lagi. Katanya lelaki korea hensem! Kata Alin lagi dia amat meminati aktor Kim Soo Hyun. Cute katanya.

Ceh! Aku lagi hensem! Lagi cute!

Dia mara kearah Alin yang sedang leka dengan keindahan pantai tersebut.

Ariz memeluk Alin dari belakang. Terkejut Alin dibuatnya.

“ Abang ni terkejut Alin!’ Getus Alin.

Dia bersyukur sangat yang suaminya sudi membawanya bercuti di Korea. Memang dia teringin sangat nak menjejakkan kaki di Korea ini dan suaminya telah merealisasikan impiannya.

“Terima kasih,abang.” Ucap Alin lembut. Dia meletakkan tangannya diatas tangan suaminya yang sedang memeluknyan dari belakang sambil matanya masih meneroka keindahan pantai ini. Cantik! Dia sandarkan kepalanya pada dada bidang suaminya.

“For what?” Soal Ariz lembut. Dia meletakkan kepalanya diatas bahu Alin. Nampak romantik gitu,

“Sebab bawa Alin ke sini.” Ujarnya lagi.

“Anything for you sayang. Abang yang patut bertetima kasih kat sayang sebab masih sayang dan cintakan abang walaupun abang taklah sempurna mana.” Balas Ariz jujur. Kali ini dia tidak menipu. Kata kata ini memang lahir dari hatinya.

“Alin akan tetap sayang abang walau apapun yang jadi lepas ni.” Kata Alin lembut.Ya! Dia berjanji takkan membiarkan suaminya susah sendiri. Dia akan hadapi segala cabaran bersama suami tercintanya.

“You know what? Tanpa sayang abang tak akan pernah jadi lelaki.” Tutur Ariz. Kedengaran sedikit pelik pada Alin

“Hah?” Alin tercengang. Dia tak faham.

“Mungkin kalau sayang tak tampar abang malam itu abang masih lagi pegang botol haram itu.” Tutur Ariz sayu. Tiba tiba dia terkenangkan dosanya. Berapa banyak dia meneguk air minuman itu sehingga dia lupa adanya tuhan. Dia mengeluh berat.

“Itu tindakan drastik. Tapi paling bestnya kan bila dapat tampar perempuan yang dengan abang masa tu.Rasanya….perghhh sekali seumur hidup!” Getus Alin sambil tergelak kecil. Ariz turut ketawa. Agak kelakar bila diingat kembali. Entah macam manalah nasib gadis iu sekarang.

Dia juga telah meminta maaf kepada keluarga Alin tentang sikapnya itu terutama ayah mentuanya. Nasib baik ayah mentuanya terima maafnya dengan hati terbuka. Kalau tidak dia harus berfikir cara untuk bersama dengan Alin,

Ibu Alin pula agak terkilan dengan apa yang berlaku tetapi dia redha. Lagipun menantunya itu sudah bertaubat. Syukur. Itu kata Puan Zara.

Dia bersyukur doanya telah dimakbulkan tuhan. Segala galanya dipermudahkan. Alin juga turut bantu memberi semangat kepada dirinya ketika dia cuba meminta maaf kepada ahli keluarganya. Sungguh, tanpa Alin mungkin dia masih lagi sesat.

“Sayang, I love you.” Tutur Ariz dengan romantik. Kemudian dia mencium pipi Alin. Alin memandang suaminya. Pelukannya dieratkan.

“I love you too!” Dia mencium pipi Ariz pula. Dia melepaskan pelukannya lalu merenjis renjiskan air pantai itu kearah Ariz sementara Ariz cuba mengelakkan diri daripada basah. Alin ketawa besar. Padan muka! Dia lihat suaminya cuba mendapatkannya. Sepantas yang boleh dia cuba melarikan diri. Mereka berkejaran di sepanjang pantai Haeundae sambil ketawa girang.

Selepas menempuh pelbagai keleut, akhirnya punah semua konfllik yang membawa cacamerba dan hampir meruntuhkan rumah tangga mereka. Kini mereka menarik nafas lega.

Semoga kebahagian tetap menjadi milik mereka sehingga ke syurga. Tanpa sayang takkan terhasilnya cinta. Tanpa cinta takkan terhasilnya sayang. Ini membuktikan cinta dan sayang amat memerlukan antara satu sama lain. Begitu juga Alin dan Ariz. Masing masing ada kekurangan dan kelebihan Disebabkan itu mereka memerlukan antara satu sama lain bagi menutupi kekurangan masing masing agar kelihatan sempurna.

Pergi kau derita, punah dan jangan kembali, biarkan kami diteduhi dan diselimuti bahagia siang dan malam untuk selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience