BAB 5

Romance Completed 25196

Natrah merenung gambar Naufal di handphonenya. Macam mana dia dapat gambar Naufal? Curi-curi la apa lagi. Tak adanya Naufal bermurah hati nak bagi dia tangkap gambar depan-depan. Senyuman terukir di bibir Natrah. Cukuplah walau hanya dengan menatap gambar. Sekurang-kurangnya terubat sikit rindu dia pada Naufal.

Keluhan dilepaskan perlahan bila teringatkan kejadian yang berlaku di lif petang tadi. Naufal sampai guna bahasa kasar dengannya. Pertama kali…dan hatinya rasa dicarik. Sedih bukan kepalang. Itu baru Naufal bercakap kasar, dia dah sedih sangat-sangat. Macam mana pula kalau ditakdirkan Naufal berkahwin dengan perempuan lain. Mampukah dia bertahan? Masih mampukah dia bernafas seperti biasa? Dia tak tahu.

Apa yang Natrah tahu, dia perlu pikat Naufal habis-habisan. Biar Naufal jatuh cinta padanya. Biar Naufal tak mampu hidup tanpanya. Biar Naufal mahu mendengar suaranya hari-hari.

‘Awak sombong dengan saya ye Naufal? Takpe, awak tunggu. Saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya. Sampai satu saat, awak takkan mampu bernafas tanpa ada saya.’

Natrah senyum sedikit. Mata dipejamkan.

‘Selamat malam Naufal.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience