“Hai Naufal. Awak nak jumpa saya ke? Okay saya tahu, mesti awak rindu
saya kan?”
Mata Natrah bersinar terang. Bibirnya lebar dengan senyuman. Naufal ketap gigi geram. Dia nak rindukan minah di depannya? Memang taklah!
“Awak ni tak habis-habis dengan perasan awak tu. Saya tak ada masa nak jumpa awak. Saya nak jumpa manager awak.”
“Saja bagi alasan padahal memang rindukan saya. Tak apa, saya faham.”
Natrah masih lagi senyum. Naufal kalau tak kerek dengannya memang tak sah. Jual mahal sangat. Tapi dia tetap suka Naufal yang begini. Yang tak kontrol macho, yang tak bajet bagus.
“Malas saya nak layan awak.”
Naufal tolak pintu bilik Aril Fahmi dan terus duduk di kerusi berhadapan dengan lelaki itu yang sedikit terkejut dengan kehadirannya.
“Aril, aku nak kau pecat account assistant kau tu sekarang juga.”
Suara Naufal tegas. Kejam? Memang kejam tapi Natrah lebih kejam kerana mengganggu hidupnya yang selama ini tenang. Sungguh, dia tak suka Natrah! Full stop!
“Tak ada angin tak ada ribut kau nak suruh aku pecat si Natrah kenapa? Dia budak baiklah.”
Aril kerut dahi. Setahunya Natrah tak pernah buat masalah pada syarikat. Jadi atas sebab apa mahu dipecat?
“Dia gila tahu tak?”
Laju Naufal balas.
“Tahu…dia gilakan kau.”
Naufal mendengus kasar.
“Please Aril…pecat dia. Hidup aku jadi tunggang langgang sebab dia. Aku rasa rimas sangat.”
Naufal dah merayu. Rambutnya diraup kasar. Mukanya keruh.
“No way. Dia pekerja yang bagus. Performance dia excellent. Rugi aku buang dia sebab susah nak cari pekerja macam dia sekarang.”
Aril geleng kepala. Segarit senyuman diberikan kepada Naufal yang kelihatan kusut.
“Kau nak biarkan aku terus terseksa dengan Natrah? Kau memang tak sayang kawan.”
Naufal merengus geram. Bukan besar mana pun permintaannya. Aril memang sengaja mahu hidupnya serabut kerana Natrah.
Aril dah ketawa.
“Chill la… Bukannya Natrah buat jahat dengan kau. Gesel or pegang-pegang pun tak kan? Kau nak takut sangat kenapa?”
“Aku tak suka Natrah!”
Keras Naufal menjawab.
“Tapi saya suka awak.”
Tiba-tiba Natrah mencelah.
Naufal tersentak.
“Awak tak reti nak ketuk pintu dulu sebelum masuk ke Natrah? Where is your manners?”
“Saya dah ketuk tadi tapi awak tak dengar kot sebab tengah seronok sangat kutuk saya.” Natrah mencebik.
“Awak ingat saya suka sangat bercerita pasal awak. Sila jangan perasan ye Cik Natrah.”
“Saya belum pekak lagi. Saya dengar apa yang awak cakap pasal saya. So sweet…tak sangka saya jadi perbincangan hangat awak dengan Encik Aril.”
“Dah-dah…jangan gaduh kat sini. Kalau nak gaduh, keluar dari bilik ni.”
Naufal tarik muka.
“Encik Aril takkan pecat saya kan? Encik Aril takkan ikut cakap Naufal kan?”
Natrah kerut dahi. Bimbang pula kalau Encik Aril ikut cakap kawan baik dia ni.
“No…you don’t worry.”
Aril menggeleng.
Natrah menarik nafas lega manakala Naufal menjeling Aril tajam. Aril sembunyi senyum.
Share this novel