“Termenung apa?”
Naufal diam. Tak membalas. Tubuhnya tegak menghadap cermin di belakangnya. Nampak suasana sibuk kota. Tangannya diseluk ke poket. Riak mukanya kosong.
“Aku tak faham. Kau cakap kau tak suka Natrah tapi perbuatan kau bercanggah dengan apa yang kau cakap.”
“Aku tak pernah suka dia.”
Mendatar suara Naufal.
“Kau pasti?”
Naufal diam lagi. Dia mahu membalas tapi bibirnya terasa kelu. Dia teringat kejadian dua hari lepas. Dia keluar sebentar dari wad Natrah. Mahu membeli makanan untuk Natrah. Dan bila dia kembali, telinganya dapat tangkap esakan Natrah. Menangis teruk. Pertama kali dia lihat Natrah menangis. Selama ini, Natrah sentiasa ceria di depannya. Selalu ketawa. Seperti tiada masalah.
Badannya disandarkan ke dinding. Suara Natrah menangis menggigit tangkai hati. Kenapa awak menangis, Natrah? Awak dengar apa yang saya cakap tadi?
“Encik Naufal?”
Kepalanya diangkat. Aimi…
“Tak nak masuk?”
Naufal geleng kepala. Langkah diatur. Meninggalkan Aimi di belakang yang pelik dengan tingkahnya. Rahang diketap. Jantungnya berdegup laju daripada biasa. Rambut disebak ke belakang. Rimas. Apa kena dengan hatinya?
“Kau pasti kau tak suka dia?”
Aril tanya lagi bila Naufal seakan tidak dengar soalannya.
“Aku tak tahu.”
Aril senyum sedikit. Naufal nampak serabut. Pelik, biasanya Naufal sentiasa tenang. Tapi dia tahu sebab apa. Mungkin kerana Natrah.
“Kau nak tahu sesuatu? Masa Natrah pengsan, first time aku tengok kau macam tu. Kalut sangat. Nampak risau sangat dengan Natrah. Aku tak pernah tengok kau macam tu. Selalunya kau tenang. Tapi hari tu…”
“Aku cuma nak tolong dia.”
Naufal memotong ayat Aril.
“Dan kau sanggup turun tangga dari tingkat 17. Aku tak sempat cakap yang lift tu tinggal lagi lima minit, siap repair…tapi kau dah terjun tangga dukung Natrah. Apa maksudnya tu?”
Aril angkat kening. Menyoal. Tembakannya mengena bila raut Naufal berubah.
Naufal menyumpah. Tak suka bila Aril mendesaknya begini. Dia buka tie leher yang terasa mencengkam dan dicampak ke meja.
“Kau suka dia tapi sekarang ni kau tengah tipu hati kau sendiri. Kenapa?”
Soal Aril lagi. Dia tahu Naufal tak suka dikaitkan dengan Natrah tapi dah kalau hati Naufal sudah mula melekat dengan Natrah, tak salah rasanya dia sedarkan Naufal.
“Drop it, Aril. Soal hati aku, kau tak payah masuk campur. I can handle it myself.”
Tegang suara Naufal. Sungguh, dia tak mahu berbicara tentang Natrah saat ini.
“Nope… sebab sekarang ni kau tengah tak sedar. Aku tak nak kau menyesal. Bila Natrah hilang nanti baru kau hilang akal. Aku tak nak kau macam tu.”
“Damn it! Aku tak pernah cintakan Natrah. In fact, aku lagi suka kalau dia tak ada dalam hidup aku. Aku rimas! Dia buat aku benci nak datang ofis ni. You know what? Sumpah, aku rasa…”
Suara Naufal mati bila Natrah muncul. Entah bila Natrah ada di situ, dia tak tahu. Bukan Natrah MC lagi ke? Kenapa datang ofis?
Muka Natrah tenang. Bibirnya senyum pedih. Air mata yang bergenang ditahan daripada luruh. Please…jangan menangis depan Naufal. Jangan… dia tak nak nampak lemah di mata Naufal.
Dah banyak kali Naufal cakap tak cintakannya tapi hatinya tetap mahu percaya yang Naufal akan jatuh cinta dengannya satu hari nanti. Tapi bila dengar luahan hati Naufal tadi, rasanya dia patut mengalah. Lepaskan Naufal…dengannya Naufal tak akan bahagia. Naufal patutnya menghargai perasaannya, tapi dia tahu cinta tak boleh dipaksa. Jika dalam hati Naufal ada sekelumit rasa cinta, dia cuma berharap suatu hari nanti Naufal akan menyesal membiarkannya pergi. Tahniah dan terima kasih, Naufal.
Aril tepuk bahu kawannya. Bibirnya senyum
“Natrah, saya…”
Natrah tak menunggu. Dia letak fail kat atas meja Naufal lantas keluar dari situ. Pintu ditutup perlahan.
“Well, itu yang kau nak sebenarnya kan? Natrah mengalah. You should be happy. Congrats, Naufal.”
Aril tepuk bahu kawannya. Bibirnya senyum sinis. Sayang… Naufal memang buta hati.
Naufal diam. Tahniah pada diri sendiri…kerana berjaya menyakitkan hati seorang Natrah. Naufal senyum tawar. Biar Natrah hilang, biar Natrah pergi…dia mampu hidup sendiri. Benarkah?
Lunas sudah segala mahunya. Segala yang membungkam terlerai. Kini dia patut menarik nafas lega kerana Natrah mengalah. Tapi entah mengapa bagai ada sesuatu yang hilang dan memberat dalam dirinya. Seakan ada satu bisikan yang menghasutnya, jika benar gadis bernama Natrah itu mencintainya dia patut terus menawan hatinya. Jangan pernah biarkan dia pergi. Tapi satu suara yang lain pula berbisik bahawa, seberapa kuat Natrah mencuba, belum tentu dia mahu pada gadis tersebut. Semuanya adalah bersifat tamak dan egois mahu dirinya diburu tanpa perlu sebarang janji dan komitmen.
"Aku lepaskan kau jika itu mahumu, aku biarkan kau pergi, ya aku biarkan kau pergi. Aku sudah puas mencuba, kau pun tahu dan untuk itu aku tidak merasa menyesal melepaskan kau pergi."
Bisik sang gadis bersama airmata yang membasahi pipi, esakan lembutnya tenggelam bersama bunyi hujan dan guruh. Sungguh hujan bisa menyembunyikan duka dan tangis.
Share this novel