BAB 2

Romance Completed 25196

“Jealous ke?”

“Tak langsung.”

Tenang suara Natrah. Sesekali dia jeling juga Naufal dengan wanita yang tak diketahui nama. Selagi belum ada scene pegang-pegang, selagi itu dia boleh kekal tenang. Tapi kalau sampai tangan perempuan tu naik pegang-pegang Naufal kesayangannya…dia akan menyerang. Buat-buat tertampar ke. Tertumpah air ke. Tertendang ke dan segala macam ‘ter’ lah ceritanya.

“Kata cinta tapi takkan tak ada rasa cemburu langsung. Dia lunch dengan perempuan lain depan kau. Kalau aku…confirm perempuan tu dah kena jirus dengan air.”

Aimi pelik. Bukan Natrah cinta mati ke kat bos dia yang handsome tu tapi kenapa riak cemburu langsung tak terbias di wajah lembut Natrah?

“Setakat lunch apalah sangat. Lainlah kalau dia bersanding dengan perempuan tu. Kalau yang tu haruslah aku patah hati. Aku hantar notis berhenti 24jam terus!”

“Tapi perempuan tu cantiklah Natrah. Kalah kau.”

Aimi pandang lagi wanita di samping Naufal. Memang cantik. Wajah pan Asian. Macam model. Cantik sikitlah dari Natrah. Eh, tapi Natrah pun cantik juga.

Natrah mencebik.

“Cantik tu subjektif okay. Lagipun aku tak rasa yang Naufal pandang pada rupa.”

“Mana kau tahu?”

“Sebab dia kan suka aku yang tak cantik ni.”

Natrah tergelak kecil. Hakikatnya sampai sekarang Naufal tak pernah pandang dia. Sabar ye Natrah. Mama pesan, kalau kita nak sesuatu kita kena berusaha dan bersabar. Jadinya….dia kenalah bersabar dalam memikat hati Naufal yang mahal tu.

“Sengal. Tak habis-habis dengan perasan dia. Jomlah balik ofis. Dah nak habis waktu lunch ni.”

Aimi tengok jam kat pergelangan tangan. Sudah hampir pukul dua petang. Nasiblah ofis mereka dekat sahaja dengan restoran ini. Kalau tak, jenuh juga nak terkejar-kejar.

Natrah nampak sesuatu di atas meja Naufal. Dahinya berkerut. Eh, tak boleh jadi ni.

“Kau pergi bayar kat kaunter dulu. Aku nak pergi jumpa Naufal kejap.”

Terus dia bangun sebelum sempat Aimi menahan.

“Eh, nak buat apa?”

Aimi panik. Tapi Natrah tetap pergi meninggalkannya termangu-mangu. Janganlah Natrah buat sesuatu yang bakal memalukan diri sendiri.

“Hai awak…”

Naufal angkat kepala. Sudu dan garfu yang tadinya menguis makanan di pinggan turut terhenti. Dan bila wajah Natrah terpampang di depannya, wajah Naufal turut berubah. Masam…

“Awak makan spageti? Bukan awak tak suka makan spageti ke?”

Natrah duduk di depan Naufal dan tarik pinggan Naufal. Kemudian dia panggil Azman yang kebetulan lalu di sebelah mereka. Pekerja di Restoran Singgah Selalu.

“Dik, akak nak order nasi goreng paprik satu. Cepat sikit ye. Kesian cik abang akak, mati kelaparan dia nanti.”

Dia tak pedulikan renungan maut Naufal dan juga muka wanita cantik di sisi Naufal yang turut berubah.

“Demi kak Natrah, sekarang juga saya suruh diorang masak.”

Laju Azman ke belakang demi memenuhi permintaan Natrah yang digelarnya Akak cantik tapi selamba.

“Kenapa dengan awak ni Natrah?” soal Naufal geram.

Tak percaya sampai ke sini pun Natrah boleh kacau dia. Tak boleh ke walau sehari Natrah tak mengganggunya? Gila dia jadinya!

“Kalau Cik Vogue nak tahu, Naufal tak suka makanan macam ni sebab dia ni tekak melayu. Tak boleh nak makan makanan pelik macam spageti ni.”

Natrah buat tak dengar dengan soalan Naufal. Sebab dia sayang Naufal lah dia order makanan lain. Itupun nak marah. Okay, dia akan anggap yang Naufal cuma marah-marah sayang.

“So, apa kaitan dengan you?”

Wanita yang bernama Syatilla dah memeluk tubuh. Jengkel dan meluat dengan wanita bertudung di depannya. Kalau tak dikenangkan Naufal ada sekali, mungkin pipi wanita yang bernama Natrah dah berbirat kesan tamparannya.

“Of course ada kaitan. Saya tak nak bakal suami saya sakit perut sebab makanan yang awak order ni. Saya sayang dia tahu.”

Natrah membalas. Senyuman terukir di bibir merahnya. Nak kata dia tak tahu malu?

Whatever…ada dia kisah?

“Natrah!”

“Ya sayangku Naufal?”

Natrah angkat kening pandang muka Naufal yang sudah merah. Marah dan malu mungkin.

“Dear, you jangan perasan boleh tak. Naufal tak suka you pun. Please, jangan jatuhkan maruah you kat sini. Now, can you please leave us? I rasa semak tengok you kat sini.”

“Whateverlah minah celup.”

Natrah angkat bahu. Dia bangun dari duduk dan ambil pinggan Naufal yang masih lagi penuh dengan Spageti.

“Awak tunggu makanan awak sampai. Spageti ni biar saya bawa balik bungkus untuk saya. Okay, jumpa awak kat ofis nanti.”

“Wait Natrah…”

“Yes dear? Oh… I forgot that words.”

Natrah menepuk dahi. Dia geleng kepala. Dia lupa nak cakap pada Naufal hari ni.

“What?” Soal Naufal. Dahinya turut bekerut.

“I love you.” Natrah tersenyum lagi.

Dan Naufal terkelu manakala Syatilla betul-betul rasa ingin menampar wajah Natrah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience