BAB 1

Romance Completed 25196

“Bos kau ada kat dalam ke Aimi?”

Natrah berdiri di depan meja Aimi. Dia cuba intai ofis Naufal tetapi perbuatannya sia-sia kerana dia langsung tak boleh nampak kelibat Naufal disebabkan cermin yang bertinted.

“Ada tapi kau jangan kacau dia lebih-lebih hari ni sebab mood dia tak berapa baik. Pagi ni muka dia kelat macam kopi pekat. Masam mencuka. Gaduh dengan girlfriend agaknya.”

Memang pun muka Naufal masam pagi ni. Tegur dia pun tidak. Laju masuk bilik. Pintu pun Naufal hempas kuat. Terkejut dia yang masa itu sedang makan biskut chipsmore. Nasib tak tercekik!

Natrah mencebik.

“Perkataan girlfriend jangan sebut. Alergik aku dengar. Lagipun kan aku dah cakap yang bos kau tu akan kahwin dengan aku je. Ada faham?”

Dia dah separuh mati sayangkan Naufal. Jangan haraplah dia akan benarkan Naufal kahwin dengan orang lain selain dia. Dia akan pikat Naufal habis-habisan. Perigi cari timba? Ah, tak jadi kudis pun bagi dia.

“Kau jangan nak berangan sangat boleh tak Natrah? Dari dulu lagi kau cakap ayat yang sama tapi aku tengok sampai sekarang bos aku tu tak
pandang kau pun. Ada faham?”

Pening kepala dia layan kerenah Natrah yang terlalu sukakan Encik Bos. Sampai lelaki lain yang cuba ayat Natrah dipandang sepi oleh wanita itu. Cuma sayang bila Encik Bos tak membalas cinta Natrah.

“Alah, memanglah sekarang dia tak pandang tapi nanti lama-lama dia pandanglah. Lagipun kan orang cakap yang kata-kata tu satu doa. Kau pun doa-doakanlah jodoh aku dengan bos kau panjang. Nanti aku suruh dia naikkan gaji kau.”

“Siapa yang nak naikkan gaji?”

Tiba-tiba Naufal muncul. Dia hairan bila muka Aimi cuak semacam, Natrah saja yang masih lagi selamba.

“Erk…Encik Naufal.”

Aimi dah tergagap. Alamak, macam mana dia boleh tak perasan yang bos dia keluar dari bilik? Itulah… seronok sangat bersembang!

“Awaklah…”

Natrah dah tersenyum manis. Mestilah kena manis. Kekasih pujaan ada di depan mata!

“Apa awak-awak? Sekarang kita dekat pejabat dan awak sepatutnya panggil saya Encik Naufal.”

Tegas Naufal menegur. Dia merupakan salah seorang pengurus di syarikat ini dan sememangnya Natrah patut memanggilnya Encik Naufal. Bukannya berawak-awak. Sakit hati dia dengan minah senget yang tak faham bahasa ni.

Natrah tergelak kecil. Dia tak takut langsung dengan suara tegas Naufal. Dia dah ketawa geli hati tengok Aimi yang dah diam menikus buat kerja. Alah, Naufal tak makan orang, dia makan nasi!

“Tak romantiklah panggil Encik Naufal. Panggil awak barulah romantik.”

Lembut suara Natrah. Kenapa Naufal nampak sangat comel dan kacak hari ni? Eh hari-hari pun Naufal kacak cuma hari ni je terlebih kacak di matanya. Ah, parah kau ni Natrah!

Naufal mendengus. Mukanya bertambah kelat.

“Kalau dah gatal sangat nak beromantik, awak kahwin cepat-cepat. Jangan nak menggatal dengan saya. Saya tak suka tahu.”

Keras ayat Naufal. Memang pun dia tak suka Natrah. Dia rimas!

“Kalau macam tu…jom kita kahwin.”

Natrah tersengih lagi. ‘Please…setuju. Saya janji akan buat awak bahagia. 44kali janji…’ Nakal bisikan suara hati Natrah.

“Awak jangan nak mengarut pagi-pagi ni. Dah teringin sangat nak makan kasut saya?”

Kasar ayat Naufal. Natrah memang dah hilang akal agaknya. Boleh pula dia ajak kahwin. Depan staf dia yang lain pula tu…bertambahlah bengang Naufal yang sememangnya bengang dengan Natrah dari dulu.

“Awak marah-marah macam ni pun saya tetap sayang awak tau. Sebab awak nampak comel. Sangat!”

Betul dia tak tipu yang Naufal buatlah gaya apa pun, di matanya Naufal tetap comel.

“Awak dah gila ke Natrah? Ada wayar putus kat kepala awak?”

Boleh tak dia pecat Natrah sekarang juga?

“Saya gilakan awaklah Naufal.”

Natrah senyum manis.

“Just shut up.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience