BAB 8

Romance Completed 25196

Natrah buka mata. Perlahan. Perutnya terasa pedih. Tapi tidak seteruk tadi. Matanya melilau. Dan pandangannya terhenti bila lihat kelibat lelaki itu. Tertidur di kerusi sebelahnya. Naufal… hati Natrah berbaur.

Tangannya naik. Mahu mengusap rambut lebat Naufal tapi terhenti. Jatuh kembali di sisi. Naufal sudah benci dia. Tak mahu ada apa-apa kaitan dengan dia lagi. Sudah tak mahu tengok dia tapi kenapa Naufal ada di sini. Menemani dia sehingga tertidur. Natrah tiada jawapan.

Bila Naufal bergerak sedikit dan mula angkat kepala, spontan Natrah tutup mata. Hatinya berdebar. Ah, hatinya memang tak pernah mahu diam bila dekat dengan Naufal. Seminit, dua minit… suasana sunyi. Tiba-tiba Naufal mengeluh. Natrah terkedu bila Naufal mengusap kepalanya yang bersalut tudung dan membetulkan selimutnya.

“Lupakan aku, Natrah. Kejar cinta lelaki lain. Aku tak boleh terima cinta kau. I’m sorry but I just can’t.”

Perlahan Naufal berbisik. Sedikit sayu suara Naufal.

Natrah menahan sebak. Sungguh, dia mahu menangis. Matanya dipejam rapat. Tak mahu Naufal tahu yang dia dengar suara Naufal. Berbisik tak mahu dirinya. Suara Naufal...seperti sangat terseksa dengan kehadirannya dalam hidup Naufal. Sangat tak mahu dia mengganggu hidup Naufal.

“I’m sorry, Natrah.”

Naufal bangun. Hangat tubuh Naufal semakin jauh darinya. Dan Natrah buka mata bila Naufal keluar dari wad itu. Mata Natrah pandang pintu yang tertutup rapat. Sebagaimana hati Naufal yang tertutup untuknya. Tak pernah ada ruang untuk dia.

“Awak memang sangat tak suka saya, Naufal? Awak terbeban dengan cinta saya? Awak nak saya lepaskan awak? Atau awak nak saya terus hilang dari hidup awak? Itu ke yang awak nak?”

Air mata lesu mengalir dari pipi mulus Natrah. Esakannya pecah. Tangan menutup muka. Hatinya…. Kenapa terasa begitu sakit? Cinta ini… sepatutnya indah bukan? Tapi kenapa dia terasa menyeksakan?

“Natrah, kenapa ni? Kau sakit lagi ke? Tunggu jap, aku panggil doktor.”

Suara Aimi cemas. Terkejut bila lihat Natrah menangis teresak-esak. Dia mahu tekan butang kecemasan yang berada di tepi katil Natrah namun tangan Natrah menghalang.

Natrah geleng. Muka merah. Air mata membanjiri pipi. Dan…Natrah Nampak sangat sedih. Aimi kerut dahi. Kenapa dengan Natrah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience