BAB 8

Romance Completed 14847

Masuk saja kedalam bilik aku terus menuju ke almari mengambil baju tidur untuk dipakai. Tanpa menghiraukan kehadiran Farish yang merenungku aku terus membuka tshirt lengan panjangku dan digantikan dengan tank top besar kepunyaanku. Aku terlalu mengantuk untuk berasa malu sekarang ni.

Aku mengambil sehelai lagi tank top besar dan diberikan kepada Farish yang masih lagi tercengang melihatku.

"Nah.. Pakailah saya mengantuk sangat ni. Nak tidur." Ujarku terus naik ke atas katilku yang tidak terlalu besar,muat-muat untuk dua orang.

"Ehem.. thanks." Jawabnya lalu menukar bajunya.

Aku tidak menjawab. Terus hanyut dalam mimpi lautan cinta berapi yang baru ditempuhi beberapa jam tadi.

"Aduh... aku nak tidur mana ni..." gumam farish,mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Arghhh. Tidur jelah sebelah dia. Mengantuk gila dah ni." Lalu Farish baring di sebelah Elia dan terus terlelap.

"Ibu.... tolong zira! Zira sakit ibu! Tolong! Ayah zira tak nak! Sakit!" Farish terjaga dari tidurnya kerana di ganggu oleh bunyi tangisan seseorang. Farish melihat jam ditangannya. 'Pukul 6 dah..'

"Ibu!! Tolong zira..." farish memandang disebelah kanannya. Kelihatan Elia sedang meracau, Air mata Elia mengalir farish pantas menarik Elia kedalam pelukannya.

"Elia... bangun sayang awak mimpi ni.." kejut farish lembut pipi Elia diusapnya perlahan bersama air mata yang mengalir di pipi elia.

"Ibu... takut"

"Syhhh. Elia bangun awak mimpi ni.." kejut farish sambil menampar lembut pipi Elia.

Elia membuka matanya. Matanya merah dan bengkak kerana menangis. Setelah melihat Farish dihadapannya Elia terus memeluk Farish erat.

"Awak.... saya takut." Kata Elia perlahan di dalam tangisannya.

"Jangan takut sayang.. saya ada. Saya akan jaga awak sampai akhir hayat saya. Saya akan lindungi awak, saya tak akan pernah menyakiti awak. Saya akan sayang,cinta dan suka kan awak selamanya . Saya janji sayang. Jangan takut." Ucap Farish dengan lembut. Tangannya tidak lepas dari mengosok rambut Elia yang lembut itu.

"Janji...?" Tanya Elia dengan suara serak. Pelukan masih tidak dilepaskan.

"Ye sayang saya janji. Saya akan jaga awak sepenuh hati saya. Saya terima awak seadanya." Jawab Farish penuh romantik. Farish menggosoo belakang Elia supaya Elia lebih tenang dan selesa,Tangisan Elia semakin berkurang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience