BAB 5

Romance Completed 14847

"Elia..." panggil lelaki tersebut.

"Hmm."jawab aku perlahan. Kepala aku lentokkan ditepi tingkap pintu kereta.

"Elia.... saya minta maaf,saya tak ada niat pu-"

"Tak ada niat apa huh?! Tak gunalah kau nak minta maaf sekarang! Kita dah jadi suami isteri ! Dengan cara yang.. eerghh! Dahla! Kau hantar aku balik! Malas aku nak fikir semua ni.. aku nak kau ceraikan aku!" Potong aku,meninggikan sedikit suara.

Aku harap dia menceraikan aku sekarang juga. Aku tak kenal dia,dia tak kenal aku. Mungkin kalau dia tahu aku dah tak ada dara dia akan terus lepaskan aku!

"Cerai? Huh! Jangan harap saya nak ceraikan awak! Saya tahu memang salah saya tak cuba untuk memberitahu hal sebenar dekat diorang. Saya ada sebab saya sendiri. Tak salah kan kita cuba." Lembut bicaranya menjawab.

"Cuba apanya? Kau tak kenal aku,aku tak kenal kau siapa! Senang betul kau terima nak kahwin dengan perempuan yang kau tak tahu latar belakang dia. Kau nak tahu tak?" Tanya aku sambil berpusing kesebelah kanan menghadap dia yang sedang memandu.

"Tau apa?" Tanya dia kembali.
Aku tekad untuk memberitahu perkara sebenar. Aku tak mahu hidup dengan orang yang aku tak kenal.

"Aku dah tak ada dara!" Suaraku kendur sedikit. Aku memerhatikan riak wajahnya yang tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Kau dengar tak ni?!" Tanya aku meninggikan suara.

"Dengar..." jawabnya perlahan.

"Kau dah tahu.. ceraikan aku,aku tahu kau mesti nak perempuan yang still have a virgin..fresh! ceraikan aku kita buat macam tak ada apa-apa yang berlaku . Hidup macam biasa."

"Ada saya cakap nak yang fresh semua tu ke? Ada saya cakap nak cerai kan awak? I dont care if u dont have a virgin or whatever aku tetap tak akan lepaskan kau." Jawabnya selamba.

Aku tercengang.

"Please farish.. ceraikan saya, saya tak nak hidup dengan orang yang saya baru kenal tak sampai sehari macam ni. Saya takut." Rayu aku lembut.

"Please lepaskan saya.lagipun.. lagipun saya trau-"

"Awak trauma nak duduk dengan lelaki sebab kejadian dulu?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience