BAB 6

Romance Completed 14847

"Maa- macam mana aw-awak tau?" Tanya aku terkejut dengan pertanyaannya tadi.

Aku perhati wajahnya yang kelihatan serba-salah itu. Farish tiba-tiba memberhentikan keretanya di tepi jalan. Jam menunjukkan pukul 1 pagi.
'Mesti zara risaukan aku.'

"Saya.. saya ada masa kejadian tu Elia. Saya nampak apa yang ayah buat dekat awak.. tapi saya takut,saya tak tahu macam mana nak tolong... saya masih kecil. Apa yang terjadi dekat rumah awak tadi hanyalah lakonan Semata-mata. Saya yang rancang semua tu. Saya tahu awak masih trauma dengan kejadian tu. Sejak awak masuk U lagi saya intip awak. Kalau saya lamar awak mesti awak akan tolak macam yang awak buat dekat lelaki-lelaki yang nak mendekati awak Sebelum ni. Sebab tu saya buat cara macam ni..saya minta maaf Elia!" Farish meraup wajahnya dengan tangan. Wajahnya tergambar rasa bersalah dan sedih.

Aku terkejut. Sangat terkejut bila dapat tahu yang Farish ada semasa kejadian itu,dan Farish sudah lama mengenali aku. Perasaan aku bercampur antara Marah,sedih, dan terkejut. Ayah?

"Apa maksud awak dengan panggilan 'ayah'?" Tanya aku keliru.

"Saya anak angkat ayah dengan mak,isteri pertama dia. Saya diangkat menjadi anak diorang diSebabkan Mak tak boleh mengandung masa tu. Lepas mak meninggal ayah kahwin dengan mak cik Zalina. Saya duduk dengan nenek. Sebab tu awak tak pernah nampak saya . Tapi saya selalu perhatikan awak ." Terang farish.

"Jadi kenapa awak nak berkahwin dengan saya?sebab Awak rasa bersalah?" Tanyaku sayu. Aku memandang wajahnya yang iras-iras hafreez adam.

"Bukan... saya nak kahwin dengan awak sebab saya dah lama suka kan awak . Sejak dulu lagi. Saya tahu masa tu saya masih kecil untuk merasa perasaan macam tu. Tapi perasaan tu melekat di hati saya Sehingga kini. Saya sayangkan awak. Saya nak jaga awak sampai akhir hayat kita...saya nak lindungi awak." Tanganku diraih dan dicium olehnya. Aku terkejut.

"Kita cuba ye sayang?" Tanya farish dengan wajah yang penuh pengharapan.

Aku menarik kembali tanganku yang berada didalam gengaman tangannya.

"Beri saya masa..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience