BAB 9

Romance Completed 14848

"Awak... bangun sayang dah pukul 9pagi ni." Panggil farish lembut. Selepas subuh tadi elia kembali menyambung tidur katanya sakit kepala. Mungkin kerana kurang tidur semalam. Farish hanya akur,kejadian subuh tadi bermain difikiran Farish. Lantas satu senyuman terukir dibibirnya. 'Elia dah terima aku ke?' Bisik hatinya.

"Sayang... bangun dah pukul 9 dah ni.. tak elok bangun tengah hari." Panggilnya lembut.

"Emm... ngantuk." Jawabku dengan suara serak. Entah kenapa suara tersebut kedengaran seksi ditelinga Farish. Farish menelan air liur.

"Bangunla mandi, nanti tak mengantuk dah." Pujuk farish lagi.

"Emm...." aku bangun dari baringan , Mataku masih terpejam rapat. Farish menyelak rambutku yang menutupi sebahagian wajahku dengan penuh kasih sayang.

"Awak nak saya mandikan ke sayang?" Gurau farish.

Aku mengangguk. Terkejut farish melihatnya.

"Bi-biar be-betul ni aw-awak?!" Tanya farish tergagap-gagap.

"Betul... tapi dalam mimpi saya je kot." Aku mengukir senyuman nakal dengan mata yang masih terpejam aku kembali merebahkan badan, Mengantuk.

"Ouhhh.. main-mainkan saya erk? Nakal ye sayang saya ni,nak kena..." jawab farish. aku merasakan sesuatu di kedua-dua pinggangku sebelum aku seperti terkena renjatan eletrik .

"Haaa. Ambik ni. Rasakan!" Ucap farish sambil mengeletek pinggangku.

"Arghhh!! Taknak awak! Geli hahahahahh! Gelii.. stop awak!" Aku menolak tangannya yang mengeletek aku.

"Bangun cepatt!!! Kalau tak... saya takkan berhenti! Cepat!" Ugut farish.

"Okay-okay! Saya bangun ni.hahahahah berhentila..hahaha" aku tidak dapat menahan gelak kerana terlalu geli. Air mata mengalir keluar bersama gelak tawa.

Akhirnya Farish berhenti, gelak tawaku masih tidak dapat di hentikan.. aku membuka mata.
Terlihat wajah farish yang betul-betul berada di hadapan wajahku, Hembusan nafasnya mengena wajahku. Mata kami bertentangan.

"Elia...terima saya sebagai suami awak sepenuhnya,saya janji akan bahagiakan awak, sayangkan awak sampai akhir hayat saya. Saya tak akan sia-siakan awak sayang." Ujar farish tiba-tiba. Aku terpaku.

"Tapi... saya tak layak untuk awak, Saya tak sempurna untuk awak...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience