BAB 7

Romance Completed 14847

"Hantar saya balik rumah. Mesti kawan saya risaukan saya sekarang ni."ujarku memecah kesunyian antara kami berdua. Jam menunjukkan pukul 2.30pagi.

"Saya tumpang rumah awak boleh? Saya tak larat nak drive jauh-jauh,Mengantuk. Takut jadi apa-apa pulak nanti." Jawabnya sanbil menguap dan menutup mulut.

"Sampai sana saya tanya kawan saya dulu." Dia hanya mengangguk. Kami meneruskan perjalanan setelah sejam lebih melayan perasaan di tepi jalan raya yang sunyi ini.

Sampai saja di rumah, aku terus membuka pintu gate. Aku lihat lampu masih menyala, farish mengikuti aku dari belakang.

Belum pun aku mengetuk pintu rumah,tiba-tiba pintu dibuka,siapa lagi kalau bukan Zara. Aku lihat wajahnya serious dan terselit kerisauan di wajahnya yang comel itu.

"Kau pergi mana ni Lia? Risau aku tahu tak! Balik rumah tengok kau tak ada." Bebel Zara dengan suara yang sedikit meninggi.

"Emm.. Zara nanti aku terangkan. Aku penat dan mengantuk dan..... kita ada tetamu sekarang ni." Jawabku

"Tetamu apa yang kau bawak pukul 3 pagi ni Lia? Mana?" Tanya Zara terjenguk-jenguk kepalanya memandang kebelakangku. Matanya terpaku melihat sesuatu yang tinggi di belakangku.

"Kau bawak hantu tinggi dari mana ni Lia? Kau baca ayat kursi dulu sebelum masuk rumah Lia!" Zara yang tidak nampak dengan jelas wajah farish kerana keadaan luar rumah yang gelap terus merepek mengatakan aku diikuti oleh hantu panjang.

"Hahaha!" Aku tergelak kecil.

"Eishh kau ni... gelak pulak. Aku serious ni lia!" Jawabnya.

"Ini bukan hantulah.. farish dekat sini sikit tak nampak muka awak." Aku menarik tangan farish supaya dekat dengan aku. Terasa hangat bila dia berada dekat dengan belakang tubuhku.
Cahaya dari dalam rumah terus menyinari wajahnya.

"Siapa ni Lia?" Tanya Zara. Matanya tepat memerhatikan Farish.

"Ini...."

"Saya Farish Adib, suami Elia. Saya cadang nak tumpang sekejap dekat sini. Sebab saya terlampau mengantuk sekarang ni. Nak drive jauh rasa macam tk selamat pulak." Potong Farish laju. Aku menjeling ke arahnya. Farish hanya tersengih. Aku lihat mulut Zara ternganga.

"Tutup mulut tu Zara, nanti lalat masuk." Kataku selamba.

"Wait,wait! Suami?" Tanya zara terkejut.

"Yee. Farish suami aku. Dia nak tumpang tidur, esok dia balik. Dah aku nak masuk ni. Apa-apa hal kau tanya esok je." Jawabku mendatar. Aku penat dan mengantuk. Lalu aku menarik tangan Farish masuk kedalam menuju ke bilikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience