BAB 10

Romance Completed 14848

"Tapi saya tak sempurna untuk awak... saya tak suci.saya banyak kekurangannya"

"Saya tak minta awak sempurna untuk saya.. saya pun tak sempurna untuk gadis secantik dan sebaik awak. Tapi kekurangan kita yang akan melengkapkan kita, kekurangan kita yang akan menolong kita untuk membina keluarga bahagia,kekurangan kita yang akan menyempurnakan kasih kita, kekurangan kita yang akan sempurnakan kita berdua bersama sayang. Terima saya sebagai suami awak. Saya janji untuk membahagiakan awak dunia dan akhirat,saya terima awak seadanya. saya sayang awak, I love you so much." Jawapannya menusuk hatiku, panahan matanya Mengetarkan jantungku. Air mata terharu mengalir turun kepipi.

Aku membalas tenungan matanya redup.

"Terima kasih kerana menerima saya seadanya, terima kasih sayangkan saya, terima kasih cintakan saya, terima kasih kerana menerima kekurangan saya. Saya sangat bertuah kerana bertemu dengan lelaki seperti awak. Saya sangat bertuah kerana Allah menetapkan awak sebagai jodoh saya." Selepas membalas jawapanya aku terus memeluknya erat mengahamburkan air mata dan rasa yang terbuku didalam hati. Pelukan bertambah erat ketika farish juga membalas pelukanku.

"Assalamualaikum.sayang abang dah balik ni.." farish melangkah masuk kedalam rumah dengan muka bahagia. Rindu untuk bertemu dengan orang yang disayangi.

"Abah! Jom ikut rasya pergi dapur! Ibu sakit. Cepat abah!" Jerit farisya ezyani yang berumur 6tahun itu.

Farish yang mendengar terus panik.

"Apa?! Ibu sakit apa? Jom cepat tengok ibu!" Jawab Farish risau,terus mendukung anaknya yang manja itu.

"Uwekkk!" Aku mengahamburkan segala isi di dalam perut yang sediki buncit ini. Aku terasa seseorang mengosok belakangku terus aku menoleh.

"Sayang kenapa ni? Sayang demam ke? Jom kita pergi klinik sekarang. Abang risau!" Ujar farish. Mukanya jelas menunjukkan kerisauan.

"Entahla bang... tiba-tiba rasa loya nak termuntah. Kepala pun pening je, tapi sayang tak demam pun." Jawabku sambil memicit sedikit dahi yang berdenyut.

"Entah-entah sayang pregnant tak?" Tanya farish dengan wajah yang teruja.

"Abah pregnant tu apa?" Sampuk rasya yang berada didalam dukungan farish.

"Pregnant tu... risya nak dapat adik!" Ujar farish gembira.

"Yeayy! Nak dapat adik. Nanti tak adalah boring sangat." Ujar farisha petah.

"Hahaha. Pandai abang teka... sebenarnya sayang mengandung dah 9minggu. Saja nak surprise dekat abang." Jawabku nakal.

"Alhamdulillah... thanks sayang. Nakal ye sayang ni,nak surprisekan abang. Risau abang tau. Meh sini nak cium cikit."ujar farish manja lalu mencium pipi dan dahiku. Aku tersenyum gembira..

"I love you sayang.."

"I love you to abang.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience