Bab 3

Romance Completed 14847

Aku terkejut dan terus menjerit.
"Arghh!! Hmm!" Lelaki tersebut terus menutup mulutku dengan tangannya.

"Diam!" Jerkahnya.

Air mata mengalir keluar dengan laju membasahi pipi. Badanku menggigil dengan kuat. Tiba-tiba ingatanku diterjah oleh masa lalu yang memberi mimpi ngeri kepadaku sehingga kini.

"Ibu.... tolong zira!" Rayuku sayu dalam tangisan. Lelaki tersebut masih menutup mulutku sambil melihat ke arah luar. Tidak tahu apa yang dilihat olehnya.

"Syhh! Kau diam! Kalau kau diam aku lepaskan kau!" Kata lelaki tersebut kepadaku. aku mengangguk dengan laju dalam esakan.

"Janji! Kalau kau jerit aku bunuh kau!" Kata lelaki itu.

"Ja- janji...." jawabku teresak-esak.

"Okay.." lelaki tersebut terus melepaskan aku dan kembali menjengah ke luar pintu yang dibuka sedikit sahaja.

Aku mengesot ke dinding memeluk lutut.

"Kau nak apa? Siapa kau?" Tanya aku memandang tepat ke arahnya yang masih lagi menjenguk keluar.

Senyap.

Lima minit kemudian lelaki tinggi itu menutup pintu dengan rapat. Kepalanya dipalingkan ke arahku..

"Aku minta maaf sebab takutkan kau tadi...sebenarnya aku kena kejar dengan bodyguard bapak aku.. boleh aku tumpang sini setengah jam? Lepastu aku blah." Terangnya sambil meminta izin untuk stay selama setengah jam sehingga bodyguard bapanya pergi.

"Betul ke?" Tanya aku ragu-ragu. Air mata di pipi aku seka.

"Sumpah! Aku terdesak sangat tadi, sebab tu aku terus je masuk sini tak fikir panjang. Aku bukan orang jahat,don't worry. Aku baru lari dari majlis perkahwinan aku sendiri." Ceritanya, wajahnya suram.

"Hah? Lari dari majlis perkahwinan awak? Gila! Awak pergi dari sini sekarang. Saya tak nak masuk campur dengan masalah awak! Nanti kalau diorang dapat tahu awak dekat sini tak pasal-pasal saya pulak yang kena dakwa!" Jawabku risau. Tak nak aku mengambil risiko bersubahat dengan orang yang lari dari majlis perkahwinan mereka sendiri. Nanti aku pulak yang difitnah rampas tunang orang!

"Please! Aku merayu dengan kau! Tolong aku.. aku taknak kahwin dengan perempuan yang buat aku jadi kambinf hitam tu! Please... aku--"

"Tok tok tok!!" Belum sempat lelaki tersebut menghabiskan ayatnya,kedengaran ketukan dipintu rumahku.

Aku takut. Lelaki tersebut meletakkan jari telunjuknya dibibir mengisyaratkan aku supaya diam. Aku hanya senyap.

"Assalamualaikum!!" Kedengaran suara lelaki memanggil salam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience