BAB 5

Romance Completed 5930

“Ok, bila nak makan ni. Lapar rasanya tengok ayam KFC ni”, luahku sambil memegang perutku yang mula memainkan muzik kelaparan.

“Makanlah, saya pun lapar dah menunggu awak.” Morita tersenyum sendiri. Kami menikmati hidangan KFC sambil bercerita kosong tentang assignment dan movie-movie baru di pawagam. Morita lebih banyak mengajakku berbual, sedangkan aku hanya melayan sahaja. Sesekali, Morita membuat lawak untuk menghiburkan hatiku.

“Saaya….sebenarnya ada hal penting yang ingin saya katakan kepada awak”, kata Morita dengan wajah yang serius.

“Saya, saya…..saya suka awak. Boleh awak jadi special girlfriend saya?” tanya Morita. Pertanyaannya membuatkan aku tersedak ketika meminum air Pepsi dan terus berkata

“Apa? apa awak cakap ni Mori?”

“Saya tahu awak dengar apa yang telah saya katakan tadi. Tapi jangan risau, awak tak perlu bagi jawapan sekarang. Hujung minggu ni kita keluar lagi, saya tunggu jawapan awak” luah Morita lagi. Setelah luahan hatinya tadi, keadaan menjadi bisu antara kami berdua. Aku pula seperti ingin melarikan diri dari situasi itu. Jam menunjukkan pukul 10.00 malam, Morita mengajakku pulang. Dia menawarkan diri untuk menghantarku dengan menunggang motorbikenya , namun aku tolak dengan baik dengan alasan rumahku dekat sahaja.

Setibanya di rumah, aku terus masuk ke kamarku. Tanpa menukar pakaian, aku terus menghempaskan tubuh di atas katil empuk yang seakan memanggilku. Si Kuning melompat naik ke atas katilku, minta untuk dimanja. Dengan hati yang gusar atas luahan hati Morita, aku memeluk Si Kuning dan mengusap-usap kepalanya sehinggalah aku tertidur.

Pagi hari Sabtu, aku hanya duduk menonton televisyen di rumah sambil ditemani Si Kuning. Setelah selesai mengerjakan solat Subuh tadi, aku membuka komputer ribaku. Rancanganku hanya untuk melayari internet iaitu ruang fac dan memeriksa email. Tetapi tidak lama kemudian, aku kembali tertidur.

Aku terjaga apabila ibu mengetuk bilikku dan berkata

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience