BAB 3

Romance Completed 5930

Masa Sekarang

Aku Mayami Saaya @ Nor Saaya binti Abdullah, seorang gadis yang pendiam dan suka menyendiri. Aku jarang sekali bertegur sapa dengan orang lain melainkan diminta oleh pensyarah. Ramai orang menganggap aku seorang yang sombong. Aku tinggal bersama ibuku di sebuah rumah tradisional Jepun yang diwarisi daripada datukku.

Ayahku pula seorang arkitek dan kini berada di Paris atas urusan kerja. Aku juga sering duduk bersendirian ketika berada di dewan kuliah. Kini, aku tidak duduk keseorangan kerana aku didampingi dua orang lelaki yang paling popular di kampus iaitu Morita dan Takumi. Banyak perempuan yang memandangku dengan perasaan sakit hati tetapi ada juga yang cuba berkawan denganku, salah satu daripadanya ialah Rika.

Takumi mula mendekatkan dirinya denganku setelah pertemuan dua bulan lalu di tepi kolam berhampiran pohon sakura. Ketika Takumi menghulurkan salam perkenalan, aku memandang wajahnya yang tampan dan terkenang kembali bahawa dialah lelaki yang menghiasi lukisan sakuraku. Aku bersetuju untuk berkawan dengannya demi sebuah persahabatan yang entah menuju ke mana. Persahabatan Takumi pula diikuti dengan teman karibnya, Morita dan Rika. Rika pula mengangkat Takumi sebagai lelaki pujaannya sedangkan Takumi hanya menganggapnya sebagai seorang adik.

Aku membelek buku rujukan lukisan di atas meja.

“Saaya, nak coklat tak?” tanya Morita sambil meletakkan sebiji coklat Ferero di telapak tanganku. Morita memang tahu aku gemar makan makanan yang manis, lebih-lebih lagi coklat.

“Terima kasih”, jawabku ringkas. Takumi pula sudah tidur dengan meletakkan kepalanya di atas meja, barangkali penat dari latihan bola sepak tadi. Setelah 15 minit menunggu pensyarah masuk ke dewan kuliah, seorang lelaki membuat pengumuman di hadapan kelas.

“Kuliah hari ini batal, Mr.Suhaimi cuti. Kelas akan diganti pada hari yang ditetapkan.”

Aku mengemas bukuku ke dalam beg. Aku mengerakkan bahu Takumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience