BAB 2

Romance Completed 5930

Aku tiba di perpustakaan dan melangkah ke ruang novel bahasa inggeris, novel Twilight:Breaking Dawn Part 2 menjadi pilihanku. Aku terus duduk di atas lantai sambil memasang headphone dan tanganku rancak menekan skrin telefon bimbit untuk memilih lagu. Begitulah aktivitiku setiap hari di kampus.

“Taku,Taku…kau lihat di hujung sana tu”, sambil menunjuk ke ruang novel bahasa inggeris.

“Cantiknya perempuan tu, kau kenal tak dia siapa?” tanya Morita. Taku hanya menggelengkan kepalanya tanpa melihat perempuan yang ditunjukkan Morita. Bukan dia tidak tahu, Morita memang terkenal dengan sikapnya yang gemar mendampingi perempuan-perempuan cantik di kampus.

Para gadis pula suka berkawan dengannya, apa tidaknya Morita berwajah tampan, kaya dan seorang yang periang. Dia pula hanya melayan perempuan yang mendampinginya dengan biasa sahaja, walaupun rata-rata mereka mengharapkan cinta darinya. Taku mengemas buku-bukunya ke dalam beg dan bersedia untuk beredar. Belum sempat Taku berdiri, tangannya disambar Rika.

“Abang Taku nak ke mana? Nak makan dengan Rika tak?” soal Rika iaitu seorang gadis yang jelita dan popular di kampus. Taku pantas menarik tangannya dan hanya memberi senyuman manis kepada Rika lalu melangkah keluar dari perpustakaan meninggalkan Rika dan Morita yang masih berminat memerhati seorang perempuan cantik.

Setelah dua jam membaca novel , aku bingkas bangun dan meletakkan kembali novel itu di belakang novel-novel lain agar orang lain tidak dapat mengambilnya. Aku menuju ke pintu keluar perpustakaan.

Jam menunjukkan 5.00 petang, lebih baik aku pulang ke rumah. Langkahku terhenti di tepi kolam sambil memerhati dedaun sakura yang asyik ditiup angin. Aku menarik nafas dan menutup mata, sambil mengagumi keindahan ciptaan Ilahi.

“Klik,klik,klik” , bunyi tangkapan gambar dari telefon bimbit canggih Samsung Note2 milik seorang lelaki yang berada lebih kurang tiga meter dari tepiku. Lelaki itu mempamerkan senyuman manis yang mampu menggetar jiwa seorang perempuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience