BAB 8

Romance Completed 5930

Setelah melambaikan tangan kepada Taku dari pintu rumah, aku lekas masuk ke bilik. Fikiran ku berkocak tentang apa yang hendak aku katakana kepada Morita. Aku mencapai telefon bimbitku dan menaip kata-kata kemaafan kepada Morita. Aku juga meluahkan perasaanku yang sebenar kepadanya.

Morita menerima baik kemaafanku. Dia juga sudah tahu dari dalu lagi bahawa aku sememangnya menyimpan perasaan kepada Takumi, tetapi dia masih ingin mencuba. Aku menghargai sahabat seperti Morita yang memahami perasaan seorang perempuan. Hari demi hari berlalu, aku semakin gembira bersama rakan-rakanku. Ibu pula sudah tahu tentang hubunganku dengan Taku. Ibu sering menjemput Taku dan rakan-rakanku untuk makan di rumah pada hujung minggu. Rika pula semakin rapat dengan Morita.

Pada pandanganku, mereka berdua nampak sepadan bagai pinang dibelah dua. Taku semakin sibuk dengan latihan bola sepak kerana pemilihan pemain untuk mewakili Tokyo akan berlansung dalam beberapa minggu lagi, namun kami sering berjumpa pada waktu terluang di kampus. Aku pula sibuk dengan lukisan yang ingin dipertandingkan dalam Festival Seni peringkat kampus-kampus di Tokyo. Aku melihat dan menilai lukisan-lukisan yang telah aku hasilkan satu persatu. Lukisan dedaun sakura menangkap perhatianku serta merta aku mengukir senyuman.

Empat tahun telah berlalu dalam hidupku. Kini, aku menjadi seorang pelukis professional dan isteri kepada pemain bola Tokyo iaitu Magumi Takumi. Usia perkahwinan kami baru menjangkau setahun. Hari ini aku akan melancarkan pembukaan galeriku yang pertama di Pusat Kesenian Tokyo.

“Hai, Aunty Saaya” tegur si perempuan kecil yang dipimpin Rika.

Rika memberi senyuman dan berkata

“Tahniah, Saaya atas pembukaan galeri awak. Takumi mana?” sambil mencari kelibat suamiku.

“Sebentar lagi Taku sampai. Morita pula tak datang sekali?” tanyaku kepada Rika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience