BAB 9

Romance Completed 5930

“Mori dengan Mayaki diluar.

Biasalah budak kecil kalau nampak kedai aiskrim, mulalah merengek nak makan aiskrim. Aku keluar dulu, nanti aku datang balik dengan Mori” sahut Rika sebelum meninggalkan ruang galeri. Selesai tamat pengajian di Bidai, Morita terus melamar Rika untuk menjadi suri hatinya. Sepanjang dua tahun perkahwinan, mereka dikurniakan kembar si kecil lelaki bernama Mayaki dan perempuan diberi nama Mayami.

Aku menghayati lukisan di hadapanku. Lukisan inilah yang paling mendapat sambutan ramai. Lukisan ini telah aku hasilkan di Universiti Bidai dahulu dan telah memenangi tempat pertama dalam Festival Seni Tokyo. Terdapat pengunjung yang menyatakan hasrat untuk membeli lukisan itu, namun aku terpkasa menolak atas sebab peribadi.

Bagiku lukisan itu amat bermakna dan sentiasa dekat di hati. Sedang aku memandang lukisan itu , kelihatan Taku mengorak langkah ke arahku dan berkata

“Sayang, maaf lambat datang. Jalan sesak tadi” sambil mencapai tanganku. Aku hanya mengangguk dan tersenyum kepadanya. Aku dan Taku berpegangan tangan sambil memandang lukisan yang tergantung di hadapan tempat kami berdiri.

Taku berkata

“Indahnya lukisan ni, pandai sayang lukis. Satu perkara yang abang gusarkan selama ini, siapa gambaran lelaki dalam tu?” sambil jarinya menunjuk ke arah lukisan itu. Mungkin dirinya cemburu dengan kehadiran lelaki lain walaupun hanya dalam lukisan. Aku tersenyum sendiri dan menjawabnya

“Lelaki dalam lukisan tu sedang berdiri di tepi sayang sekarang. Dialah sumber ilham sayang semasa menghasilkan lukisan ni” ujarku kepada Taku. Taku menjadi keliru dan dalam beberapa minit dia menghayati lukisan di hadapannya.

“Pohon sakura ni yang ada di halaman kampus kita dulukah?” soal Taku. Aku berkata lagi,

“Kali pertama abang nampak saya di pohon sakura yang berdekatan dengan kolam, kan? Tapi bagi sayang pula, saya dah pernah nampak abang di tempat yang sama beberapa hari sebelumnya semasa menghadiri kelas lukisan.

Sayang cuba untuk melukis pemandangan kolam dan pohon sakura dari jendela kelas tetapi abang pula kacau, jadi inilah hasilnya. Habis melukis, sayang tengok abang dah tiada di situ. Pada pertemuan pertama lagi, sayang dah tahu yang abanglah lelaki yang menghiasi lukisan sakura sayang” jelasku kepada Taku.

Taku menggenggam erat tanganku dan memandang kembali lukisan tersebut. Lukisan seorang lelaki yang berdiri di hadapan kolam yang biru dan kelihatan dedaun sakura dari pohonnya ditiup angin damai, menambahkan lagi keindahan alam ciptaan Ilahi.

‘Sakura’ itulah nama diberikan dan sesuai untuk lukisan yang telah menukar paksi hidupnya di laluan yang betul. Doanya agar cinta ini indah dan memekar indah sebagaimana indahnya bunga Sakura ciptaan-Nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience