BAB 1

Romance Completed 5930

KNOCK KNOCK KNOCK

‘’Bangkitlah, matahari dah naik ni, tak reti nak bangun lagi kah?’’

“Baiklah, saya bangun sekarang, nanti kamu terlambat pergi ke kuliah” , laung ibu kepadaku. Aku bangkit dari tempat tidur dan terus mengambil tuala lalu menuju ke bilik air. Dalam hatiku merungut

“malasnya hendak ke kuliah, kalau bukan sebab minatku untuk melukis sudah lama aku berhenti belajar.” Selepas setengah jam berlalu, aku keluar dari bilik dan menggalas beg sandangku sambil menyambar sekeping roti di atas meja.

Ibu pula sudah lama keluar dari rumah, biasalah takut tersangkut dalam kesesakan jalan raya di Bandaraya Tokyo. Aku pula hanya perlu berjalan kaki selama 30 minit untuk sampai ke kampus, Universiti Badai Tokyo. Ketika dalam perjalanan ke kampus, fikiranku mula melayang. Melayang ke arah seorang lelaki, Magumi Takumi. Hidupku berubah semenjak dua bulan lalu setelah bertemu dengan lelaki itu.

Imbas kembali

Aku sedang memegang berus untuk melakar lukisanku sambil memandang ke luar jendela. Aku bercadang untuk melukis pemandangan pohon sakura berhampiran kolam di halaman kampus. Tanganku terhenti apabila seorang lelaki sedang berdiri di tepi kolam itu sambil memerhati dedaun sakura yang ditiup angin damai. Mula-mula aku bengang kerana dia telah mengganggu pemandanganku tetapi setelah memerhati perlakuan lelaki itu, tanganku terus rancak melakar lukisan.

Gambaran seorang lelaki di bawah pohon sakura telah siapku lukis. Puas hati dengan lukisan itu, aku menoleh ke luar kembali. Sayang, lelaki itu tidak lagi berada di situ. Setelah selesai kelas melukis, aku mengatur langkah ke perpustakaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience