BAB 4

Romance Completed 5930

“Taku,Taku…kuliah hari ni batal, pensyarah takde”. Taku mengangkat mukanya dan memperlihatkan senyumannya. Senyuman yang tak lekang dari wajahnya yang tampan itu.

Aku berjalan kaki dan pulang bersama Taku. Morita pula pulang menunggang motorbikenya serta Rika dijemput oleh ayahnya menggunakan kereta. Walaupun kawasan perumahan Taku berbeza dengan rumahku tetapi Taku tetap menemani aku pulang dan pergi ke kampus. Setiap pagi dan petang kami akan berjalan bersama-sama. Dalam diam, timbul bibit-bibit cinta di hatiku namun ku diamkan saja.

Suatu petang di perpustakaan, aku membaca novel bahasa inggeris seperti biasa.

Telefon bimbitku yang berada dalam mode silent bergetar, aku menekan skrin pesanan ringkas. Aku berfikir sejenak, membuat keputusan di dalam hati. Pesanan ringkas daripada Morita mengganggu fikiranku. Morita ingin mengajak aku keluar makan malam ini, katanya bosan duduk di rumah. Aku memberhentikan pembacaanku dan pulang ke rumah. Setelah selesai solat Isyak, aku duduk di hujung katil untuk berfikir sebentar.

Hatiku memujuk,

“lebih baik aku pergi, mungkin Taku dan Rika ada sekali”. Setelah mengenakan seluar jean biru dan t-shirt bola kegemaranku, aku meninggalkan rumah. Sebelum itu, sempat aku tinggalkan notis pesanan yang ditampal pada peti sejuk untuk ibuku. Risau pulang nanti, ibuku mencari pula. Langkahku hayun ke restoran KFC yang berdepanan dengan kawasan perumahanku, jaraknya cuma mengambil masa 25 minit.

Aku melangkah masuk ke restoran itu sambil mencari kelibat kawan-kawanku. Kelihatan Morita sedang melambaikan tangannya dan mengisyaratkan bahawa makanan telah dipesannya, hanya menunggu kedatanganku. Aku bergerak mendapatkan Morita, mataku melilau mencari Rika dan Taku.

“Rika dan Taku belum sampai lagi?” tanyaku sambil melabuhkan punggung di kerusi hadapan Motita. Morita hanya menggelengkan kepala

“Saya ajak awak saja”, katanya. Aku diamkan saja kerana mataku sudah tertumpu kepada makanan di depanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience