BAB 3

Romance Completed 9597

"Aina, maafkan aku ye" Aku rasa dah dekat 10 kali minah rambut karat ni minta maaf kat aku. Bukan aku taknak maafkan tapi..hati siapa tak sakit kalau kena marah atas kesilapan orang lain.

Raihana meletakkan tas tangannya diatas meja kecil dihadapan television rumah aku. Dia memeluk tubuhnya sambil mencebikkan mulut. Tanda yang dia sudah merajuk. Aku melihat Raihana dengan pandangan yang tidak puas hati. Sekarang ni siapa yang patut merajuk, aku ke kau ana?!. Mata aku naikkan keatas.

"Ok aku maafkan kau tapi dengan syarat kau jangan buat macam tu lagi. Dah la tinggalkan aku dengan Tengku tu" Bentak aku.

"Tengku?" Raihana menegakkan badan bila mendengar perkataan  'Tengku' di corong telinga.

"Yela. Lelaki semalam tu berpangkat Tengku" Jelas aku. Tiba-tiba perkara semalam menrjah ke akal fikiran aku yang tak betul ini. Sepatutnya aku tak perlu marah Raihana kerna meninggalkan aku disitu malah aku patut berterima kasih buatnya kerna memberi peluang aku mengenal orang seperti Tengku Rayyan.

"WOI!" Aku terlompat bangun dari kerusi bila mendengar pontianak menjerit. Raihana yang disebelah aku, segera ku pandang. Raihana terkekek-kekek ketawakan aku.

"Ana! Nasib tau aku ni tak ada sakit jantung. Kalau ada kau nak tanggung ke?" Aku kembali duduk diatas sofa empuk yang ada disitu.

"Tula kau mengelamun lagi. Ni aku tanya, kau ada tak no Tengku tu"

"Tak!"

"Ok kau rasa dia tengah buat apa sekarang" Aku melepaskan keluhan yang cukup berat. Pandangan aku beralih melihat Raihana yang tersenyum panjang.

"Kau ingat aku ni isteri dia ke nak tahu semua benda yang dia buat. Lagipun kami baru kenal semalam la. Entah-entah lepasni kami takkan jumpa lagi" Raihana memuncungkan bibir dan membuat wajah hampa.

'Tapi aku harap yang semalam bukan kali terakhir aku bertemu dengan Tengku Rayyan' desis hati aku.

****

"Rayyan! Kamu ni memang melampau la" Jerit Tengku Isma akan anak lelakinya itu. Makin hari makin teruk sikap ngelat Tengku Rayyan.

Tengku Rayyan menutup telinganya. Sakit benar gegendang telinga ini bila jeritan mamanya datang menyapa. Tengku Hisham yang turut berada disitu hanya melihat 'pergaduhan' antara anak dan isterinya itu. Mata Tengku Rayyan dilirikkan melihat Tengku Hisham yang bersikap selamba badak. 'Papa ni macam redho je dengar mama menjerit. Tak sakit ke telinga dia?.' soalnya dalam hati. Mungkin Tengku Rayyan masih tidak tahu. Bila diri dah sayang pada si dia semua menjadi indah belaka. Macam tu jugak Tengku Hisham. Dia sudah menyayangi isterinya, sampaikan jeritan Tengku Isma bagaikan nyanyian merdu yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah.

"Mana mama nak letak muka mama ni?"

"Tak payah la letak mana-mana ma.. Muka mama dah elok kat situ" Tengku Isma menjegilkan kelopak mata dengan luas.

"Ayyan fikir mama tengah main-main ke?!. Ye ada masa kita boleh gelak-gelak tapi i'm serious now Tengku Rayyan Putera. " Bila dia mendengar nama panjangnya disebut baru dia tahu yang Tengku Isma benar-benar marahkan dirinya. Dia menundukkan kepala lalu mengigit bibir bawahnya.

"Ayen dengar sini baik-baik. Buka telinga kau luas-luas. Mama bagi masa sebulan untuk kamu cari calon isteri"

"Mama ayen.."

"Shut up! Mama tak kisah kamu nak permpuan yang macam mana untuk kamu. Tak kesah la dia kurus ke gemuk ke tapi hati dia mesti baik" Tengku Rayya  mengentap bibir.

"Ingat Tengku Rayyan sebulan sahaja" Tengku Isma memicit dahinya dan berlalu pergi. Tengku Hisham bangun dari kerusi. Dia menepuk bahu anaknya dan membontoti jejak langkah si isteri.

Tengku Rayyan mendengus dengan kasar dan menetapkan langkah menuju ke bilik. Dia menutup pintu bilik dengan kuat. Stress..

Baju yang melekat di badan segera dibuka dan dicampakkan masuk ke dalam bakul kotor yang berada di teli bilik air. Dia menghempaskan diri yang lemas itu diatas katil empuk miliknya. Matanya diarahkan melihat siling yang kosong.

"Macam mana aku nak cari calon isteri dalam masa terdekat ni? Hais serabutnya. Apa mama ingat senang ke nak cari calon isteri?. Memang la aku ni hensem. Sekali petik seribu yang datang . Tapi yang datang tu kaki kikis."

Dengan perlahan-lahan dia menutup mata yang sudah berat akibat tidak tidur malam. Harap-harap Tngku Rayyan akan berjumpa dengan si dia

Jangan lupa voteNkomen??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience