BAB 8

Romance Completed 9597

Dah dekat seminggu aku kerja kat sini, seminggu tu jugak la aku tak tengok muka Tengku Rayyan. Mana dia pergi erk? nak kata aku salah syarikat,tak. Mak temah berjalan di hadapan aku. Wahh ini peluang besar.

"Mak temahh.."

"Ye,kenapa ni aina" Aku mula mengaru kepala yang tidak gatal.

"Mana Tengku Rayyan erk? Tak nampak-nampak pon?" Mak temah tersenyum. Ermm soalan aku tu lawak ke?.

"Kenapa kamu rindu dia ke?" Ahh malunya, aku menundukkan pandangan ku ke lantai.

"Dia takde minggu ni sebab dia pergi korea, katanya ada hal"
Korea!? Wow..untungler..

"Ouh takpe lah kalau macam tu, aina balik dulu ye mak temah..kerja aina pon dah siap,esok kita jumpa lagi tau bye" Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan mak temah.

"Yelah bawak moto tu elok-elok ye" Mak temah menyambut tangan aku lalu aku mengucup tangannya dan kedua pipi tua itu. Walaupun aku baru sahaja kenal Mak Temah tapi aku sudah menganggap Mak temah ibu kedua aku di Kl. Agak-agak la kan kalau aku suruh abah kawin dengan Mak Temah dia nak tak, hais..tak boleh-tak boleh!maunya ibu kejar abah lari satu kampung dengan bawak parang yang abah selalu guna tetak ayam tu,tak ke naya?!. Ahahah.

?????

"Ehh beb, kenapa muka kau monyok je ni Ana" Ada masalah ke minah ni?

"Wei Sofea..." Raihana menangis di pangkuan aku. Aku agak terkejut lalu aku mengosok rambutnya dengan pelahan.

"Ana nangis la dulu, kalau kau dah ok, baru kau cerita"

Selepas beberapa minit aku memujuk dan menenangkan Raihana akhirnya dia melepaskan pelukan dari aku dan dah bersedia menceritakan apa yang terjadi.

"Pa..papa aku weii"

"Kenapa dengan papa kau?dia kena serangan jantung lagi ke?" Aku cuba meneka.

"Bukan..papa aku dah takde"
Raihana kembali memeluk aku. Aku terpana, Dato Karim memang seorang yang baik. Ya Allah tempatkan ayah Raihana di kalangan orang beriman. Air mata aku mula gugur satu demi satu.

"Ana..kau kena tabah!!jangan menangis macam ni..tentu papa kau tak suka kalau kau menangis je..kita redha pemergian dia tau" Raihana menggangukkan kepalanya.

???????

Tengku Rayyan menghampiri anak-anak buahnya yang letih akibat berperang sebentar tadi. Tengku Rayyan mengambil tempat di sebelah Tengku Raykal yang sedang tido lena di sofa.

"Ermm..bos?!" Tengku Rayyan mengangkat kepala melihat Bob seakan mahu bertanyakan sesuatu.

"Hemm.."

"Tangan orang tua ni nak letak kat mana?" Tengku Rayyan membulatkan mata. Dia bingkas berdiri dan menghampiri Bob. Bob menahan diri dari rasa takut.

"Kau tak dengar cakap aku ke ha!!!" Jerkahan Tengku Rayyan menyebabkan semua anak buahnya yang dibuai mimpi terjaga termasuklah sepupunya. Tengku Raykal mengosok rambutnya dengan kasar.'haisss orang nak tido pon tak boleh.

"B..bos sa..saya tak..tau?saya..ingat bos n..nak.." Jantung Bob bagaikan terhenti bila terpandang mata Tengku Rayyan yang tajam memandang dirinya.

"Nak Apa?" Jerkah Tengku Rayyan lagi.

"Nak simpan buat koleksi.." Buat masa ni Bob berharap sangat Tengku Rayyan tidak membunuhnya. Tengku Rayyan melepaskan keluhan yang berat.

"Aku penat, dan kau pun penat,jadi aku taknak marah-marah kau, kau pergi simpan tangan dia ni kat bilik bawah rumah aku tu!,lepastu kau pergi berehat." Kata Tengku Rayyan apabila melihat Tengku Raykal memandangnya dengan tajam kerana marah Tengku Rayyan menganggu dia tengah melayari mimpi indah. Tengku Rayyan memasuki biliknya dengan menunduk. 'Sapa ketua mafia sekarang ni?dia ke aku?haiss nasib kau sepupu aku tau..HUH' desis hati Tengku Rayyan sambil mengaru kepala yang tidak gatal.

??????

Aku memasuki pejabat buah hati aku dengan langkah yang berat. Macam tak ada semangat la pulak. Pejabat Tengku Rayyan sentiasa kemas. Yela dah tak datang office selama seminggu, tentu la kemas. Aku melepaskan keluhan yang berat.

"Assalamualaikum Aina...rasanya kita belum berkenalan lagi, Mak temah cakap yang you ni minat kat I, betulke?" Amboi sporting semacam je mamat ni. Mak temah kata dia ni terlampau garang. Aku rasa nasib aku baik kut harini. Yelah kalau aku terjumpa dengan dia ni automatik muka dia terus ketat dan padat. Aku yang sedang menyusun fail berpaling wajah menatap Tengku Rayyan.

"Kau!!" Jelas sekali dari riak wajah Tengku Rayyan yang dia amat terkejut.

Mampos!

??????

Hai jangan lupa vote N komen tau...??????

Plezz support me??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience