bab 13

Romance Completed 9599

MMBO MX4D Cinema. Aku pernah dengar pasal tempat ni dari Amelia. Dia kata wayang ni dilengkapi dengan teknologi MX4D yang bisa bergerak dan membawa aku ke alam seperti dipaparkan dalam filem yang ditonton entah betul atau tak?. Tapi tiket dia murah gila jadi tak berbaloi harga yang diberi. Sebab MBO ni adalah panggung wayang pertama yang menawarkan sistem tontonan 4 dimensi MX4D ini

Jadi sebab harga tiket tu murah aku belanja la Tengku kesayangan aku ni. Ouh lupa pulak harga tiket ni hanya 20 ringgit seorang unbelievable..

Aku berjalan seiringan dengan 'teman lelaki' aku. Ceh dia pun tak terima lagi. Takpa maybe tak lama lagi ke? Mana la kita tahu kan. Ehh jap tu bukan Amelia ke?. Tak guna punya adik.

"Woi raykal!!" Aduh Amelia ni memang suka rosakkan rancangan aku. Aku membesarkan mataku memandangnya. Mereka berdua berjalan kearah kami. Amelia meneguk air liur basi dengan kasar. 'Mampos aku' desis kata hati Amelia.

"Hai bro..haih bukan kau ada keje penting ke nak buat arini. Ahaha ha macam mana date kau"

"Ahaha kau ni kalau sehari tak kenakan aku tak sah kan. So kau pun apa kurangnya. Masuk jarum nampak" Biarla diorang ni nak sembang apa. Yang penting sekarang Amelia. Aku menarik Amelia jauh dari dua orang sahabat tu. Aku memeluk tubuhku.

"Amelia...kau ni nak rosakkan plan akak ke?. Aku baru nak cipta kenangan dengan dia. Huh"

"Ala semalam wak2 aku bagi cadangan kat kau. Kau tak kata nak g sini pon."

"Saja aku taknak gitau kau sebab aku tahu nanti kau nak ikut."

"Huh amau kawan dengan akak"

Aku menjeling Amelia yang sudah memuncungkan bibirnya.

"Hoi wayang dah nak start ni. Cik adik berdua taknak masuk ke?" Tengku Raykal sudah memanggil kami berdua. Yang Tengku Rayyan stay dengan telefon yang langsung tidak boleh berpisah denganny. Sebal sungguh hari ni. Baru je nak cipta kenangan. Aku pegang Amelia dan kami berjalan menuju ke panggung.

*********

Boss!ada orang nak balas dendam dekat boss.- hazami

Siapa orang tu? And macam mana korang tahu- Tengku Rayyan

Kami belum pasti. Yang kami pasti dia ada hubungan rapat dengan Dato karim- hazami

Kau mesti tahu apa yang aku akan suruh kau buat- Tengku Rayyan

Siasat- hazami

Ye,aku nak maklumat dengan cepat faham- Tengku Rayyan

Bos orang tu dah bunuh orang kita,Bob.maaf tak beritahu bos lebih awal- hazami.

Tengku Rayyan yang tadinya asyik menonton terus menjadi tidak tenang. Dia melihat wajah Aina Sofea. 'Ahh aku kena balik jugak' getus hati Tengku Rayyan. Tengku Rayyan bingkas bangun lalu meninggalkan mereka bertiga. Aina Sofea merasakan ada sesuatu yang tidak kena tentang Tengku Rayyan lantas dia membontotinya.

"Tengku!!"

"I have to go now."

"Nak pergi mana?"

"Kau tak perlu tahu" Begitu sakit kepalanya sekarang.

"Ok takpa la kalau camtu.tapi kalau Tengku ada masalah share la dengan saya... Maybe saya boleh.."

"Kau memang tak paham ke buat-buat tak paham ha perempuan!!aku nak blah sekarang." Tengku Rayyan meninggalkan Aina Sofea sendirian.

***********
Sakit,sebal,benci mula menyinggah di hati. Aku melihat Amelia dengan air mata yang bertakung. Amelia memeluk tubuh aku dengan erat. Tengku Raykal mendekati kami berdua.

"Emm aina sorry pasal cousin aku tu. Aku rasa dia tak bermaksud nak buat camtu. Aku rasa maybe dia ada prob yang perlu dia selesaikan. Jadi kau jangan amik hati ye" What?! Jangan amik hati dia kata. Wow senang la mamat ni cakap tapi dia tak rasa apa  yang aku rasa sekarang. Malu, malu bila kena marah depan orang awam. Semau mata orang yang berada disitu melihat aku macam nak terkam aje. Aku masih dengan kedudukkan aku.

"Jum aku antar korang balik"

Sudah 2 hari aku amik mc sebab demam. Hebat jugak penangan si Tengku ni. Pada malam kejadian tu aku dah minta maaf melalui whatsapp. Baru aku terfikir dalam hal ni ada jugak salah aku kerana memaksa Tengku Rayyan menceritakan masalahnya. Tapi sampai sekarang mesej tu tak terbalas. Ingatkan dapat cipta memori indah tapi sebaliknya la pulak.

"Akak aku ada bawakkan kau bubur"

"Yeke?kau masak ke? Sakit la perut aku malam ni"

"Tak la aku beli." Suka benar aku mengusik budak manja ni. Muka dah mencuka je.

Sakitnya tuh disini didalam hatiku,
Sakitnya tuh disini melihat kau selingkuhh,

Rajin sungguh aku ni. Selalu tukar ringtone. Mengikut mood lak tu heheh.

"Hallu siapa disana" Aku ni sakit-sakit masih nak buat lawak.

"Hello assalamualiakum..ni sofea kamu sihat tak lagi. Amelia kata laki tu marah kamu sampai demam betul ke? Sapa jantan yang berani malukan anak ibu depan orang ni? Sofea gitau ibu, biar ibu aje pukul dia" Eh ibu ni sejak bila jadi kaki pukul ni. Aku mencubit Amelia dengan kuat. Getam di hati membara dengan marak. Amelia membuat muka menahan sakit. Aku menutup telefon dengan tangan aku supaya ibu tak mendengar perbualan kami.

"Sakit la babiss

" Kau tahu pulak sakit! Kau tahu tak lagi sakit hati aku ni kau bagitahu ibu pasal Rayyan.kan aku dah kata jangan cerita pasal Rayyan kat ibu hais"

"Nak buat macam mana bukan aku sengaja, aku..aku terlepas cakap" Amelia menundukkan pandangannya kebawah. Hais cara aku tadi salah ni. Aku mengosok tempat yang aku cubit tadi lantas mencium luka tadi. Perkara itu yang aku akan buat kalau Amelia tercedera atau luka. Sudah menjadi tabiat aku bila rawat luka terus cium kononnya luka itu akan sembuh.

"Sorry" Amelia tersenyum girang.

Tapikan aku rasa macam aku terlupa sesuatu la. Ha ibu..

"Erk..ibu sorry lambat ahah..emm Sofea sihat ibu..mana ada la ibu.. Lagipun ni cabaran buat Fea kalau betul fea nak si 'dia. Ibu jangan risau ye"

"Hais budak bertuah ni. Dah la lambat jawab. Ikut kamu la ibu dengan abah sokong aje kamu k. Tapi jangan buat keje gila tau." Nasihat ibu dengan terselit amaran.

"Ibu ni sama la dengan bakal menantu ibu suka bagu amaran macam fea ni banduan pulak"  Ibu dan abah akan tahu semua rahsia aku. Siapa yang aku suka akan disokong oleh mereka. Tapi tak la semua perkara diorang sokong. Kalau perkara itu mendatangkan kemurkaaan Allah seperti mendapat kebebasan bersosial. Tak tutup aurat dan sebagainya diorang akan vantah habis-habisan.

*******

Kertas kerja memenuhi ruang meja. Ada jugak kertas yang telah ronyok di lantai. Tengku Rayyan mengosok kepalanya dengan kasar. Rambut yang selalubterurus sekarang dah berserabut.

Tengku Raykal begitu terkejut dengan perubahan sepupunya itu.

"Kau ada masalah ke?"

"Eh tak de lah. Cuma aku nak siapkan kerja ni cepat, sebab esok aku ada hal"

" Aku nak tanya sesuatu ni"
    
"Benda apa?'

"Kau tak kesian kat Aina ke?dia tu cuma nak amik berat pasal kau. Yela aku tahu kau tengah serabut waktu tu tapi itu bukan alasan kau nak marah dia kat depan oranh ramai sesuka hati. Kau kalau betul kau tak suka dia, baik kau cakap awal-awal supaya dia tak menaruh perasaan dia dekat kau." Tengku Rayyan menekur lantai. Dalam hatinya bercelaru. Dia cuba menafsirkan bahwa kata-kata Tengku Raykal ada benarnya.

"Dia datang kerja tak harini?"

"Tak datang.."

"Sebab apa? Dia tak minta cuti kat aku pon"

"Kau siapa untuk tahu ha?! Lagipun bos dia bukannya kau tapi mak temah" Tengku Rayyan tersentap.
         
"Ala..erm..dia kan kena kemas bilik aku ni. Kau tak nampak ke betapa seleraknya bilik aku ni? So dia perlu la beritahu aku"

"Ikut kau la. aku rasa esok dia datang la kot. Jadi..aku nak kau minta maaf kat dia faham huh"

Tengku Rayyan mendongakkan kepalanya menatap siling officenya. "Esok aku perlu beritahu perasaan aku kat Sofea esok." Tekad Tengku Rayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience