BAB 6

Romance Completed 9597

Aku masih tidak dapat melupakan perkara tadi. Ahh bodohnya akuu,tapi tak apa la asalkan aku dah luah. Aku mula tersenyum senang. Amelia melihat aku dengan pandangan yang pelik.

"Akak.."

"Hemm..apa?" Mata aku yang kuyu akibat mengantuk cuba aku tahan.

"Aku tak sangka la..yang kau ni berani nk mati awal" Aku terus mencelikkan mata. Aku segera mengalihkan pandanganku ke?
wajah mulus milik Amelia.

"Adik!sesedap mulut kau je kan,aku ambil cabai aku tonyoh kat mulut kau baru tau!" Amelia dengan segera menutup mulutnya. Ahaha tahu takut!!.

"Hem...dah kenapa kau tanya camtu?!" Sambung aku lagi. Amelia datang dekat padaku.

"Sebab, kau tadi selamba gila luahkan perasaan kau kat dia" Aku menguis jariku diatas bantal yang ada didepan aku.

"Siapa yang tak malu kalau orang gemuk luahkan perasaan dia kat orang seperti Tengku Rayyan? Mestilah aku malu!" Aku menundukkan pandangan aku ke bawah sambil memikirkan memori petang tadi.

"Jadi kau nak undur diri ke kak?" What?! Aku ni Aina sofea la, aku bukannya jenis mengalah.

"Nope!! Aku akan usaha dapatkan hati dia walaupun banyak perbezaan antara kami" Aku mula mengukirkan senyuman yang jahat. Ahahah.

"Bagusla kalau kau nak usaha dapatkan dia, daripada kau duk asyik merendahkan diri kau aje kan"Amboi perli aku nampak. Amelia menayangkan gigi putih berserinya. 'Huh..nak bodek la tu'

??????

"Ehh kau ni dah kenapa sial?" Tegur Tengku Raykal. Tengku Rayyan meneguk air kopi sambil tersenyum.

"Ahaha..tak!aku cuma terfikir, aku nak cari ikan angel, last-last aku dapat ikan buntal!ahahah" Tengku Rayyan meletuskan kembali tawanya.

"Kau ni tak baik la"

"Asal?!" Tengku Rayyan mengangkat sebelah keningnya.

"Yala, ada ke patut kau samakan si Aina tu dengan ikan" Tengku Raykal meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Tengku Rayyan.

"Eh? Kau ni kenapa panggil dia Aina? Nama dia sofea la"

"Aina sofea kann..." Kata Tengku Raykal sambil menjeling.

"Tapikan,walaupun dia tu chubby, muka dia comel la" Tengku Raykal mula tersenyum.

Tengku Rayyan mendongakkan kepalanya melihat langit. 'Ahh tenangnya.

"Bos!!" Terkejut Tengku Rayyan dibuatnya. Dengan perasaan geram dia mengeluarkan pistol dari poketnya lalu diacukan kearah dua manusia yang menyergah dirinya tadi.

"Kau nak aku mati cepat ke?" Dua konco rayyan segera mengelengkan kepala sambil tangan diangkat ke atas. Tengku Raykal menahan tawanya bimbang Tengku Rayyan mengatakan dia tak serius.

"Hemmm...ada apa?sampai masuk rumah aku pon, kau tak bagi salam ha?" Soal Tengku Rayyan kembali simpan buah hatinya.

"Dato karim, Dato karim dah curi idea kita tentang kontrak yang kita dapat di korea tu!" Tengku Rayyan bingkas berdiri akibat terkejut, tapi bukan dia sahaja yang keadaan seperti itu, Tengku Raykal pun sama.

"Kumpul budak-budak!!esok aku nak orang tua tu, FAHAM!!kalau tak aku bunuh korang semua." Kata Tengku Rayyan dengan bengang. Siapa yang tak bengang kalau selama 6 bulan dia bertukus-lumus membuat kerja tanpa balik atau makan semata-mata untuk mendapatkan kontrak itu. Selepas itu boleh pulak ada orang cuba mencuri hasil kerjanya.

Macam mana Aina Sofea hendak memikat si mafia tu?

Sapa Dato Karim?

Ok jgn lupa vote N komen tau.
Teruskan support GVSM ye??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience