bab 11

Romance Completed 9597

Tengku Raykal mengelap peluh yang memenuhi ruangan dahi licinnya. Sudah 3 jam dia berada di bilik gim Tengku Rayyan ini. Tengku Rayyan mengukir senyuman sinis buat sepupunya.

"Penat ke bro?"

"Boleh tahan bodoh jugakkan soalan kau kan?mestilah aku penat dah nama pon bersenam" Terlepas sudah tawa Tengku Rayyan.

"Ouh aku tahu kenapa kau bersenam sekarang ni, mesti sebab kau nak lawan body aku kann ahahha tak payah la buang masa kau aje. Kau kompem tak boleh lawan body mantap,sexy, cun melecun aku ni" Katanya dengan penuh riak. Tengku Rayyan mengambil satu tin air 100 plus yang berada dihadapannya. Dia meneguk minuman itu dengan begitu rakus.

"Wei bro.."

"Hemm.."

"Esok aku ingat nak ajak kau pergi cameron la"

"Buat apa kat sana?"

"Aku nak release tension ni" Kata Tengku Raykal sambil tersenyum.

"Macam pelik je ayat kau?emm esok aku tak boleh la.." Dahi Tengku Raykal sudah mengerut.
 
 "Alaaa..kau nak pergi mana?"
 
"Senang cakap aku ada hal" Tengku Rayyan tidak mahu sepupunya tahu akan rancangan dia bersama Sofea untuk esok. Dia pun tidak tahu kenapa dia dengan mudah memberi Sofea peluang untuk memikat hatinya. Mungkin ini kerana dia ingin melihat kegigihan Sofea untuk mendapat cintanya yang belum pasti.

Tengku Raykal hanya membiarkan Tengku Rayyan berada di dunia sendiri. Bukan dia tidak tahu yang esok Tengku Rayyan akan menemui Aina Sofea untuk melancarkan rancangan yang tak masuk akal oleh Aina Sofea. Nasib ada Amelia sebagai spy baginya. Dia mencalit cat putih di hidung Tengku Rayyan lalu meninggalkan Tengku Rayyan seorang diri.

Tengku Rayyan baru tersedar dari mimpi panjangnya lantas melihat sekeliling. Tiada kelibat Tengku Raykal disitu. Tiba-tiba Rayyan menjulingkan matanya. 'Eh kenapa aku rasa ada benda kat hidung aku ha?!'. Tengku Rayyan berjalan kearah sebuah cermin yang dia sediakan di gim. Merah muka Tengu Rayyan menahan rasa. 123...

"Kau tunggu Raykal" Jeritnya dengan kuat sampaikan bergegar Villa Kasturi milik Tengku Rayyan. Terus pucat wajah Tengku Raykal apabila namanya dipanggil. 'Alamak singa dah mengamuk,baik aku cabut'.

******
       
Aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Sesekali mata aku mengerling melihat Amelia yang sedang asyik dengan menonton tv. Amelia membalas pandangan aku sambil menyuap keropok ke dalam mulutnya.

"Akak"

"Apa?!"

"Suami kau tak datang lagi ke?"

"Entah, dahh lenguh pinggang aku dibuatnya" Ahaha kawin dengan Tengku Rayyan tu pun belum tengok tengok dah dapat title suami. Ni kalau dia dengar mesti dia maki aku tak cukup nafas.
 

Pon

Pon

Pon.

Hah panjang umur si Tengku ni.Aku mengambil tas tanganku di sebelah Amelia. Amelia salam tangan aku tunjukkan rasa hormat la konon.
Aku keluar dari rumah dengan lafaz bismillah moga-moga hari ni akan jadi istimewa bagi Tengku Rayyan dan aku.

Langkah kaki aku terhenti apabila melihat kereta Tengku Rayyan.

Wow Lykan Hypersport la. Tak pernah aku bayangkan yang aku dapat rasa naik kereta Lykan ni sebelum aku mati. Tengku Rayyan menurunkan cermin kereta.

"Hoi kau nak pergi tak?"

Aku mengangguk banyak kali sebelum memasuki keretanya.

"Masuk elok-elok aku tak nak pintu kereta aku ni tercabut disebabkan kau.kau bukan mampu bayar pon" Amboi mulut si Tengku ni macam nak kena cili dengan aku aje. Huh nasib la aku ni bukan jenis pedengki kalau tak, bukan pintu kereta kau saja tercabut,dengan kereta Lykan ni aku hancurkan.

"Emm ok la Tengku..kereta sewa la katakan , mesti kena jaga elok elok." Tengku Rayyan merenung aku dengan tajam.

"Kau kata apa?sewa?"

"Iye Se..sew..sewa ke.kenapa" Ya Allah selamatkan lah hamba mu ini amin.

"Lain kali tak tahu apa-apa jangan main cakap je, ada ke sewa? Kau ingat aku cam kau semua benda nak sewa. Ni aku beli cash tahu" Amboi riak,aku terus menjeling Tengku Rayyan tapi aku memandang wajahnya kembali. Ahh tak boleh tahan aku dengan aunra mamat ni. Tengku Rayyan membawa kereta dengan memakai cermin mata gelap. Dari pandangan aku dia cukup kacak. Tengku Rayyan memakai baju tshirt warna putih, dipadankan dengan jaket kaler hitam dan seluar hitam. Eh kejap aku pon pakai macam dia kan. Baju putih,jaket hitam, seluar hitam. Omg aku tak de la pulak rancang nak pakai baju sama. Entah-entah dia upah spy intip aku ni. Takkan la kot, aku yang minat dia. Bukan dia yang minat aku.

"Emm Tengku"

"Hem ada apa?"

"Lapar.."

"Kau ni memang kuat melantak kan!"

"E'eh Tengku jangan main tuduh, dosa tau"

"Huh.." Hish mamat ni..

"Saya sebenarnya tak makan lagi ni"

"Sapa suruh kau tak makan"

"Isk ...isk " Tengku Rayyan menaikkan matanya keatas. Mungkin dia dah tahu Teknik aku ni.

"Hem ok la kita cari kedai makan dulu ye..bear"

What be..bear?....I HATE YOU TENGKU RAYYAN.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience