BAB 10

Romance Completed 9599

Haih dah dekat 5 bulan aku kerja kat office ni tapi Tengku Rayyan tetap tak terpikat dengan aku. Kalau aku masuk bilik Tengku Rayyan untuk bersihkan biliknya aku mesti nampak dia tengah sibuk. Bila aku nak tegur dia mesti suara ni tak terkeluar. Aku dah bisu agaknya. Hah tiba-tiba Liya melintas depan aku. Aku cuba la. Aku memegang lengan Liya.

"Ada apa ni Aina?"

"Tak ada apa pun,cuma aku nak tanya aku ni bisu ke"

Pukkk

Auchh sakitnya. Aku mengosok kepala aku yang diketuk oleh Aina.

"Itu la engkau,tanya soalan bodoh lagi.."

"Apa?aku cuma tanya je pun,"

"Haihh sekarang ni kau cakap dengan sapa" E'eh kesian muda ii dah nyanyuk.Aku mengelengkan kepala.

"Kau la,hais kau ni gelong ke apa?"

"Ahahah kau ni kann,kau tengah cakap dengan aku dan aku dengar apa yang kau cakap jadi.."meleret je dia ni cakap. Nak aku sambungkan ke.

"Aku tak bisu..." Liya ketawa semula sambil memengang perut. Orang kata kalau kita ketawa banyak sangat hati hitam. Aku menjeling Liya. Dengan tiba ii soalan tu kembali menyapa memori aku.'tapi kenapa bila depan Tengku Rayyan suara aku tak keluar'

"Hoi" Liya menepuk bahuku dengan kuat. Sakit tu tak terkata.

"Kau dah kenapa setan" Walaupun tangan si Liya ni nampak kecik je,tapi bila dia pukul orang memang power.

"Aku pulak?kau tu la,aku cakap dengan kau boleh pulak buat tak tahu je" Liya memuncungkan bibirnya.

"Akk..."

Knock ii mahu ku perhatian
Talk ii mahu ku kau buktikan
Jangan tersalah jangan tersilap jangan abaikan ku.

Aku dengan segera mengangkat panggilan dari private number.

"Hello..Aina Sofea speaking"

"..."

"Ouh yeke? Nanti saya datang "

"...."

"O..ok saya faham"

Aku memandang Liya yang sudah mengangkat sebelah keningnya. Aku hanya mengelengkan kepala. Lalu aku meminta diri dari Liya kerana ada urusan penting yang perlu dan harus aku buat.

********
    

          Aku tak sangka yang sekarang ni aku dihadapan lelaki yang aku kejari selama sebulan setengah ni. Tak pernah aku bayangkan yang Tengku Rayyan akan membawa aku keluar makan diluar pada waktu lunch hour officenya. Memang la tak pernah dibuat orang, orang date waktu lunch hour office, tapi aku tetap husnozon yang Tengku Rayyan nak buat lain dari yang lain.

   1 minit

   2 minit

   3 minit

      Aku ni tunggul ke erk? Aku punya la tunggu dia cakap dengan aku tapi dia boleh pulak buat derk. Tengku Rayyan masih menatap telefon pintarnya itu. Kalau ikutkan rasa hati aku nak je aku hempuk telefon Iphonenya itu. Tengku Rayyan mengangkat mukanya memandang aku tapi hanya beberapa saat je setelah itu mata hazel itu kembali menatap skrin telefon. Patut la orang kata 'Telefon pintar memang pintar, tapi pintarkah anda'.

       "Tengku kita buat apa kat sini ye" Akhirnya.

       "La..aku ingatkan bisu tadi, tak sangka boleh bercakap pulak ye kau." Tengku Rayyan menyimpan telefon kesayangannya itu di kocek. Kenapalah aku tegur dia ni tadi, pandan muka kau sofea si tengku ni dah mula pandang kau . Aku mempamerkan senyuman mahal aku untuk cover hati aku yang tengah berlari apabila menatap si dia. 

      "Ehem..aku ajak kau datang sini bukan nak dating" Punah sudah harapanku.

      "Tapi nak bincang tentang plan memikat aku tu" Dahi aku dah berkerut seribu. Plan?yang tu plan aku la mana boleh bagi mamat ni tau, nanti mesti tak jadi. Aku menelan air liurku dengan kasar. Tengku Rayyan mengangkat keningnya dua kali.

     "Tengku.."

     "Hm..kenapa?"

     "Tengku tak payah la ambik port pasal plan saya tu ye.." Tadi dahi aku yang berkerut sekarang dia pulak hehe.

       "Asal?"

       "Kalau tengku tahu nanti..tak menjadi la plan saya tu" Aku temukan jari telunjuk kanan dan kiri aku.

       "Wei bengap..lain kali dengar dulu apa yang aku nak cakap,ni tak main bedal je" Be..bengap dia kata kat aku. What the... Hais nasib ibu tak mencarut. Aku dengan perasaan sakit hati menjeling dia.

        "Jeling-jeling korek biji mata tu baru tahu..aku rasa kalau kau dengan good news dari aku sekarang mesti kau menyesal jeling aku." Tak menyesal pon. Aku masih berdiam diri sambil memeluk tubuh. Merajuk la katakan...

        "Sebenarnya aku nak bagi kau peluang, untuk pikat hati aku esok, jadi esok aku akan amik cuti N kau pun sama dan rancangan untuk esok kau yang kena rancang sebab kau yang nak pikat hati aku. Tapi lepas tengok kau merajuk ni.." What dia nak bagi peluang arhh memang aku menyesal jeling dia. Hah sudah ayat dia tergantung la. Tengku Rayyan memandang wajah aku dari atas hingga bawah.

      "Tak jadi kot.." Airmata sudah mula berkumpul.

      "Tengku..isk...isk"

      "Eh..asal dengan kau ni?aku tak sentuh kau pun" Tengku Rayyan sudah jadi tak tentu arah. Argh biar la ni salah dia.

         "Tengku senang-senang je batalkan rancangan Tengku tu..isk..Tengku tahu tak? Yang saya masuk bilik Tengku ada dua niat...isk..satu bersihkan bilik Tengku isk..kedua saya masuk sebab nak luangkan masa dengan Tengku ta..tapi Tengku tak layan pun saya huarghh iskk huhh iskk" Tangisan aku makin menjadi. Aku sudah tidak kisah dengan orang yang melihat kami berdua.

      "Okok aku tak jadi batalkan ye,"

       "Isk.. Tengku tipu.."

        "Tak aku tak tipu..aku janji"

       "Pukul berapa saya kena tunggu"
 
        "Pukul erkk..pukul 9:30 nanti kau hantar location"

       "Ok bye isk..isk..yay..saya balik dulu" Aku mempamitkan diri aku. Hampir sahaja aku nak tergelak dengan sikap kelam kabut Tengku Rayyan. Menjadi jugak idea si Amelia ni. Tengku Rayyan sudah terpinga -pinga dengan hal tadi. 'Haih pompuan ni dah kenakan aku la' desis hati kecilnya.

  Ahahha Tengku Rayyan kena tipu..ok korang mesti nak tahu apa yang jadi pada hari istimewa diorang..e'eh maksud saya Si Aina Sofea tu. Ok teruskan membaca??

Hah!! Jangan lupa vote N komen ye..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience