BAB 9

Romance Completed 9597

"Kau!" Wow suara Tengku Rayyan ni tak kurang hebatnya ya, kuat bebenor..nak hancur gegedang telinga cheq.

"Ya saya Encik Tengku Rayyan" Aku sedaya upaya melembutkan suara aku agar sedap didengari di telingan pujaan hati intan payung aku ni.

"Ouh jadi kau la yang minat aku ya?" Tengku Rayyan tersenyum sinis. Hati aku sudah mulai cair. Haih si Tengku ni, geram pulak aku dengan dia. Dia tersenyum sinis pun dah boleh buat aku cair bagaikan lilin, tapi ni baru sikit, kalau dia senyum ikhlas kat aku ni kompem aku cair macam air mineral.

"Sofea!!" Suara yang agak meninggi membuat aku tersedar dari lamunan. Aku mempamerkan senyuman manis bak gula kepada Tengku Rayyan. Harap-harap si Tengku ni terpikat, Aminn..

"Iya Tengku Rayyan Putera Bin Tengku Hisyam" Aku mendekati Tengku Rayyan yang tengah duduk dia kerusi meja kerjanya. Tengku Rayyan menatap wajahku yang comel bak puteri ini. Ahahah Aku ni suka sangat perasan.

"Jadii kau ke yang minat aku?"

"Iya Tengku, saya memang minat Tengku pun hehee"

"Kau..emm...kau ni waras kan?" Aku menayangkan muka pelik yang bermaksud aku tak faham akan soalannya. Kenapa? Dia tengok aku macam tak waras ke?.

"Kenapa? Tengku tengok saya macam tak waras ke?" Tengku Rayyan meletuskan ketawanya dengan begitu kuat. Aku yang tak tahu apa yang lawak tentang soalan aku tu?, aku pon apalagi ketawa jugak la, takkan nak biarkan dia ketawa sorang.tapi aku pelik la sekarang ni sapa tak waras erk? Aku ke dia?. Aku mengaru kepala yang tidak gatal.

"Kenapa Tengku ketawa ya?" Dengan berhati-hati aku bertanya. Takut jugak Si Tengku ni bertukar jadi monster. Tengku Rayyan ni memang susah diramal.

"Kenapa kau ketawa?" E'eh Tengku ni, aku cepuk karang baru nak tahu. Ada ke patut, aku tanya dia,dia tanya aku balik hais. Nasib sayang!!tapi lbih kepada tak berani hehe.

"Saya ketawa sebab Tengku ketawa la, nanti kalau pekerja Tengku nampak Tengku gelak sesorang tak pasal-pasal pekerja Tengku ingat Tengku ni gila" Jelas aku. Tengku Rayyan membutangkan matanya melihat aku.

"Ehemm...aku cuma nak pastikan kau ni tak psiko" Haihh pujaan hati aku ni cakap apa erk?, sepatah haram pun aku tak faham.

"Haiss blur la minah ni!..macam ni kalau kau btul minat kat aku dan cuba nak pikat aku, aku harap kau tak guna cara kotor untuk dapatkan cinta aku!!"
Sambungnya dengan mengeluh nafas berat.

        "Cara kotor macam mana Tengku" Tengku Rayyan mengelengkan kepalanya memandang aku. Aku mengaru kepala yang tidak gatal sambil tersengih macam kerang busuk

       "Kau ni memang bengap ke apa ha! Ok cara kotor macam kau bomohkan aku supaya aku suka dekat kau.." Aku bukan psiko la sampai nak syirikan orang.

      "Ataupun kau buat kita kena tangkap basah..ataupun"

       "Stopp.." Sebelum dia keluarkan tuduhan yang lebih teruk lagi baik aku suruh dia diam. Tengku Rayyan memandang aku sambil menyandarkan badannya di kerusi. Aku menghembus nafas lega.

      "Tengku jangan risau la ye, walaupun saya ni bengap tapi saya tak bodo sampaikan sanggup jatuhkan maruah dan air muka abah ibu saya,jadi Tengku jangan risau la ye" Huh lega..

      Tengku Rayyan bangun dari kerusi lalu berjalan kearahku. Makin lama makin dia mendekati aku sehinggakan aku tersadar di dinding biliknya itu. Aku terus memejamkan mata sebab takut.

          "Hey sofea,yang kau pejam mata bagai ni dah kenapa?kau ingat aku nak kiss kau ke?ceh" Mata aku terus membulat.
 
          "Aku nak bagi kau amaran..aku tak kesah pon kalau kau nak berusaha dapatkan hati aku yang takkan terbuka untuk perempuan macam kau ni, tapi ingat kalai kau cuba buat perkara bodo...aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau..FAHAM"  Hishh kalau dia ni tak bagi amaran pun..aku tetap takkan jatuhkan maruah aku dengan makbapak aku la. Berapa kali nak cakap la kat mamat ni.

 

         Hati aku sebal. Aku menghempapkan diri ku diatas sofa. Ahh memikirkan perkara tadi betul-betul mengusutkan kepala aku. Amelia membawa dua cawan air lalu meletakkan dihadapan aku.

         "Akak!macam mana harini?ada jumpa ke abang ipar adik tu,ops bakal abang ipar" Aku merenung Amelia dengan tajam. Mata aku ni baru je nak tutup, kau dah sebut nama laki tu.

          "Tak payah tanya la,buat aku sakit hati je" Tido lagi bagus.

      "Akakk..cerita la kat aku,plezz"

           "Hmm yela,tadi aku adala jumpa dia...dia pun bukan maun terkejut nampak muka aku yang comel ni..."

       Amelia mencebik. Alaa betul apa yang aku cakap kann,aku comel apa!

           "Pastu dia tanya la aku ni minat dia ke? Aku jawab la ye,takkan nak tipu kot...habis saja aku kata yang aku minat dia..kau tahu dia buat apa?" Nasib kau la Amelia dapat ayat saspens. Amelia mendekati diriku denga memegang cawan yang berisi air Nescafe 3 in 1 tu.

              "Dia datang dekat ngan aku..makin lama makin dekat, sampaikan aku tersandar kat dinding mahal dia tu.."

              "Dia buat apa kat kau akak?dia peluk kau ke?"

            "Tak!lebih dari tu" Nak aja aku gelakkan si Amelia ni. Mukanya kelihatan begitu pucat.

             "Lebih macam mana tu kak?takkan dia.."

             "Ya pastu kau tahu apa jadi? Mai dekat sikit aku nak bisik"
 

         Amelia menelan air liur dengan begitu kasar. Amelia hanya akur.

       "Dia buat...dia buat...BOOM"

        Disebabkan kejutan yang aku buat tu aku sendiri terima padahnya. Lupa pulak aku si Amelia ni kuat melatah tak semena-mena air nescafenya tertumpah di muka comel aku ni.

NASIB II

       Bilik yang berselerak dan tingkap yang tertutup menambahkan kegelapan bilik tu. Seorang perempuan yang tidak terurus memeluk lututnya.

     "Pa...isk..papa..Ana rindu papa" Tiada tempat untuk dia luahkan luahan hatinya. Kematian Datok Karim telah memberi kejutan yang besar buat Raihana.

         "Ana sayang..mama datang ni bawa bubur untuk ana" Datin Liyana membawa dulang yang berisi bubur,ubat dan air mineral. Raihana masih dengan keadaan asalnya tadi. Datin Liyana mengutip baju yang bertaburan di lantai. Dia juga perlu berhati-hati dengan cermin yang pecah di lantai. Setelah menyelak langsir dia terus melabuhkan punggungnya di birai katil Raihana. Rumah besar sudah menjadi sunyi,begitu sunyi seperti hatinya sekarang.

     "Ana makan ye, mama suapkan" Datin Liyana mengacau bubur ayam itu supaya menjadi sejuk sedikit.

  
Prangg

 
          Bubur ayam yang baru sahaja dibuatnya sudah mencium lantai. Air mata yang bertakung di mata tuanya itu tetap ditahan kerana tak mahu jatuh dihadapan anak yang dikasihi.

          "Mama apa yang mama buat ni?mama tak sayang papa ke?mama boleh nak suruh ana makan sedangkan papa dah tak ada dengan kita..mama ni memang tak sayang papa ke?or mama langsung tak rindu papa..kalau mama tak rasa macam ana rasa,takpa tapi jangan ganggu ana boleh tak?mama tahu tak?waktu papa ada, ana rasa yang cinta papa dan mama kuat tapi bila dah tak ada, begitu cepat mama lupakan papa..hahahah..ana benci mama..keluar...KELUARR" Dengan langkah yang berat bersama hati yang terluka Datin Liyana keluar dari bilik Raihana.

Pakk

   Raihana menghempas pintu bilik dengan begitu kuat. Datin Liyana terduduk dihadapan bilik Raihana. 'Macam mana Ana boleh terfikir yang mama dah lupakan papa sayang..setiap detik mam ingatkan papa kamu..abang liya rindu abang...kenapa abang tinggalkan liya dengan ana macam tu saja..abang dah tak sayang liya ke' Ratapan Datin Liyana hanya mampu terluah dihati kecil itu saja.

        Raihana tidak tahu yang Datin Liyana lebih tersiksa darinya. Tapi Datin Liyana tetap kentalkan hatinya kerana Raihana. Seorang ibu tak mungkin akan tunjukkan kesakitan,kedukaan,dan keperitan di hadapan anaknya. Seorang ibu akan pastikan anak kesayangannya itu bahagia. Tapi bagi Datin Liyana, dia sudah gagal menjadi seorang ibu yang baik.

            Raihana seperti seorang yang tidak waras. Sekejap dia gelak tak lama kemudian menangis. 'Aku akan pastikan aku jumpa pembunuh ayah aku tu..kalau dia aku tak dapat....keluarga dia yang mendapat'
    

Heyoo assalamualaikum para readers..

    Sorry la kalau cita saya ni tak best ye??

Ok jangan lupa vote N komen

ILYSMR????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience