Chapter 5

Romance Completed 24775

BAB 5

“Kita jumpa?” pujuk Haikal.

Aku menggeleng. Silap aku kerana menjawab panggilan Haikal. Entah kena rasuk apa entah, laju je aku menekan butang hijau tadi.

“Please sayang... banyak sangat benda yang tak selesai lagi,” rayunya lagi.

Aku menarik nafas dalam.

“Apa lagi? Semuanya dah habis. Over,” ujarku malas.
“No. Banyak lagi yang tak clear. Takkan semudah tu je Yati jumpa lelaki lain?”

“Ah, apa bezanya dengan abang? Masa kita bercinta pun, abang bukan setakat jumpa perempuan lain. Dah kahwin dah pun,” sindirku.

“Lain, Yati... lain,” balasnya. Tak lama kemudian dia menyambung, “tadi Ariffin cakap, korang ni... err... keluarga yang kenalkan?”

Aku hanya tersenyum sinis. “Kenapa? Tak boleh? Kadang-kadang, pilihan keluara ni jauh lebih baik. Tak adalah takut terkahwin dengan suami orang?”

Haikal terdiam sejenak. “Yati asyik menyindir abang je kan?”

“Betul apa yang Yati cakap?”

“Ya. Ada yang betul. Tapi Yati masih tak tahu cerita sebenar. Kita jumpa, Yati?”

Aku menggelengkan kepala perlahan. Tak habis lagi dia ni. “Sudahlah, bang. Cerita kita dah tamat dah sejak Yati tahu abang dah beristeri. Yati pun dah setuju dengan pilihan keluarga Yati.

Walaupun Yati tak berapa kenal sangat Ariffin tu, abang doakanlah Yati bahagia,” putusku.

“Yati cintakan dia? Yati sayangkan dia?”
Aku terdiam.

“Diam tu tandanya tak kan? Sayang, kalau sayang sendiri tak kenal dia, macam mana nak hidup bersama?” soalan yang dilontarkan Haikal membuatkan lidah aku terus terkelu.

“You love me, don’t you? Kita jumpa please? Sebelum abang balik Terengganu lusa ni?” pujuk Haikal lagi.

Hatiku sedikit lembut. “Bila?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience