Chapter 2

Romance Completed 24775

BAB 2

Hampir seminggu panggilan dan mesej daripada Haikal aku buat tak endah. Malas mahu membiarkan encik hati terus merana.

Seminggu itu jugalah aku memenuhkan jadual hidup aku daripada pagi ke malam. Kalau tak menyibukkan diri dengan kerja, aku layankan sahaja Laila yang sibuk hendak bershopping.

Mujurlah aku memang duduk dengan Laila dekat bandar besar ni. Kalau duduk dengan mama dan abah, memang ada yang sengaja cari pasal-lah balik lewat malam.

“Haikal lagi?” soal Laila apabila melihatkan aku memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangan.

“Erm. Siapa lagi yang nak call aku, mesej aku tiap sepuluh minit.” Pinggan yang telah licin ditolak lalu gelas berisi teh ‘o’ ais yang tinggal separuh di capai.

Laila ketawa. “Dahsyat juga penangan kau ni eh? Tak duduk diam dia aku rasa.”

Aku mencebik.

“Hrm... Dulu aku ingat lagi macam mana dia nak tackle kau. Siap pujuk rayu aku lagi tolong kenenkan dia kat kau. Tak sangka pulak aku boleh jadi macam ni,” perlahan Laila menuturkan kata.

Aku menarik nafas dalam. “Hati manusia La, berubah-ubah. Zaman belajar dulu tu dah 2 tahun lepas dah.”

“Mama dengan abah kau dah tahu ke pasal kau dengan Haikal?”

Aku menggeleng.

“Tak tahulah aku nak cakap macam mana dekat diorang nanti. Dah lah selama ni memang diorang dah bising suruh Haikal hantar rombogan.”
Laila tersenyum sumbing.

“Tak apalah, mungkin jodoh kau bukan dengan dia.”

Aku menghabiskan air yang tinggal.

“Entahlah, La. Selama ni memang aku rasa dialah jodoh aku. Memanglah kitorang ni seorang kat timur, seorang dekat selatan, tapi aku yakin sangat hubungan kitorang ok.

Tapi bila dah jadi macam ni... Aku tak sangka sangat dia tipu aku selama ni,” keluhku.

Lebih 3 tahun kami bersama, dan sekelip mata sahaja terputus macam itu sahaja. Aku menggigit bibir. Bila buka topik aku dan Haikal, mesti air mata bergenang.

Laila memandang aku dengan pandangan simpati. “Berdoalah. Minta petunjuk Allah,” pujuknya.

Aku tersenyum sumbing. “Hai... nampaknya tak adalah happily ever after eh kisah aku dengan Haikal?”

Laila menjulingkan mata. “Tak habis-habis dengan kisah dongeng tu. Kau tu dah 25 tahun tau? Bukannya 5 tahun!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience