Chapter 8

Romance Completed 24775

BAB 8

Aku membelek-belek cincin yang tersarung di jari manis semenjak siang tadi. Cincin yang disarungkan oleh lelaki yang sudah pun bergelar suami dipandang dengan perasaan berbaur.

Sumpah lepas ni malang bertimpa-timpa. Daripada nak elak bercinta dengan suami orang, suami aku pulak yang bercinta dengan orang lain.

Aduh!

Agak-agaknya, Ariffin masih dengan perangai playboy dia ke? Bunyi pintu diketuk mematikan lamunan aku. Aku melemparkan pandangan ke arah pintu yang dibuka daripada luar.

Tidak ada orang lain lagi, semestinya Ariffin yang bakal melangkah masuk ke dalam bilik ni. Aku buat tak tahu. Tak kuasa pulak nak bangun tolong bukakan pintu untuk suami seorang tu.

Pintu dibuka dari luar. Ariffin dah berjalan masuk ke dalam bilik ni. Aku tengok lagi laju kalau kura-kura yang berjalan. Elok je aku angkat muka tengok muka dia, zzap! Mata bertembung mata. Isk! Ariffin melemparkan senyuman pencair hatinya kat aku.

Aku mencebik. Langkah diatur ke bilik air. Tak kuasa nak berlama-lama main mata dengan Ariffin. Bikin jantung aku berdegup kencang je.

Sebaik sahaja aku keluar, Ariffin dah berdiri di hadapan pintu bilik air. Aku mengurut-urut dada kerana terkejut. Mata menghadiahkan jelingan tajam ke arah Ariffin. Ah! Susahnya nak terima dia ni!

“Dah solat? Kalau belum, kita solat sekali,” ujarnya memandangku dengan senyuman tak lekang di bibir.

Aku menggeleng. “Cuti.” Spontan muka terasa panas.

Ariffin mengangguk tanda faham. Aku berbaring di atas katil. Selesai mandi dan berwudhu’ Ariffin menunaikan solat Isyak bersendirian. Aku memerhatikan dia melakukan satu demi satu rukun solat. Wajahnya yang tenang tak berkerut.

Aku leka memerhatikan Ariffin. Apa yang ada pada dia ni sampai ramai budak sekolah dulu minat gila kat dia?

Hidung tak adalah mancung macam bangla, mata tak adalah sepet macam cina. Kulit pun hitam manis, tak seputih mamat Korea. Bibir tak merah jugak sebab seingat aku dulu dia ni merokok masa zaman sekolah sampai pernah kena gantung.

Mata masih ralit memerhatikan Ariffin. Senang cakap, Haikal jauh lebih handsome dari mamat ni. Bukan jauhnya beza sentimeter, tapi berkilo-kilometer.

“Lekanya?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience