Chapter 6

Romance Completed 24775

BAB 6

“Kau nak jumpa dia lagi? Nak buat apa Yati?” marah Laila.
Aku yang leka menyemak kertas kerja di atas meja terhenti sebaik sahaja Laila duduk di hadapanku.

“Entahlah, La. Aku pun tak tahu kenapa senang je aku setuju.”

Laila bermain-main dengan cop yang bersepah-sepah di atas mejaku. “Kau juga yang cakap semuanya dah tamat. Kenapa kau ikutkan juga cakap dia?”

Aku menggeleng lemah. Kertas di pegangan aku letakkan di atas meja.

“Aku tak boleh tipu diri aku, La. Bila Haikal tanya aku sama ada aku cintakan Ariffin ke tak.”

Laila mencubit pipiku. “Haryati, wake up! Sekalipun kau cintakan dia dan dia cintakan kau, he’s married, Yati.” Laila melepaskan cubitannya. Perit!

Aku menggosok-gosok bekas cubitan di pipi. Bertambah tembamlah aku lepas ni. “Apa salahnya? Diakan lelaki?

Lelaki boleh kahwin empat apa? Kalau susah sangat, aku suruhlah dia ceraikan isteri dia tu,” balasku geram.

“Yati? Cuba jangan diikutkan sangat perasaan kau tu. Cuba kau letakkan diri kau kat tempat isteri dia? Apa yang kau rasa? Yati, kalau dia boleh ceraikan isteri dia, tak mustahil dia akan ceraikan kau sebab perempuan lain tau!” marahnya.

“Habis tu kau nak aku buat macam mana? Perasaan ni bukannya boleh nak di kawal!” tingkahku.

“Kau dah istikharah? Doa? Minta petunjuk Allah?” soal Laila. Nadanya mula mengendur.
Aku mengangguk perlahan.

“Habis tu macam mana?” Laila memandangku meminta jawapan.

Aku menyandarkan badan ke kerusi.

“Entahlah, La. Aku tak tahulah aku ke yang tak nak terima hakikat.”

Kening Laila ternaik sebelah. “Maksud kau?”

“Aku rasa lebih kepada Ariffin,” balasku berkias.

“Hah! Dah tu?” soalnya teruja.

“Aku anggap mimpi tu mainan tidur,” ujarku tak berperasaan. “Rasa sayang aku pada Haikal masih tak hilang, La.”

“Kalau kau dah minta bantuan Allah, insya Allah betullah apa yang kau mimpi tu,” komen Laila.

“Yati, jangan diikutkan sangat perasaan kau. Mungkin pada kau, kalau kau kahwin dengan Haikal, hidup kau happily ever after. Tapi itu sekejap je, Yati.

"Bukan ever after tu. Tu temporary happiness je. Belum lagi bila kau ada anak-anak, kau dengan keluarga mentua kau. Buatnya kau dengan mentua kau bermasalah, tetap tak happily ever after jugak."

"Kalau dapat anak-anak bermasalah lagilah tak happily ever after,” panjang Laila bersyarah.

“Habis tu kau nak aku buat apa?” soalku.

Laila menggelengkan kepalanya. “Jawapan dah ada pada kau, Yati. Kalau memang betul kau nak hidup bahagia selama-lamanya...” Laila mengangkat tangannya ke atas. Jari telunjuknya diluruskan.

Aku mendongak ke arah siling. Tak ada apa pun?

“Happily ever after seorang muslim bila kita terima buku amal kita dengan tangan kanan nanti.”

Aku menelan air liur.

“Jangan ikutkan rasa cinta kau tu, sampai langgar semua hukum agama,” nasihatnya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience