Chapter 9

Romance Completed 24775

BAB 9

Aku tersentak. Ariffin sudah selesai menunaikan rukun Islan yang ke dua untuk hari ini.

“Come,” panggilnya. Tangannya menggamitku ke arahnya yang sudah berdiri di tepi tingkap.

Come? Come je? Huh, Haikal lagi romantik. Dalam membebel seorang diri, aku bangun juga pergi mendapatkannya.

Sebaik sahaja aku berdiri di sebelahnya, Ariffin melangkah ke meja cermin. Dia ni nak main kejar-kejar apa dah malam ni? Aku dah buat muka boring.

“Kenapa buat muka boring tu? Haryati?” tegurnya.

Aku melemparkan senyuman tanpa perasaan. Ariffin mengambil sesuatu daripada laci meja cermin. Entah bila masa pulaklah dia letak barang dalam tu. Kemudian, dia kembali mendapatkan aku yang dah berdiri macam patung dekat sini.

“Nah, hadiah.”

Tangan kanannya menghulurkan kotak hitam yang dihiasi reben merah. Tak romantik langsung. Kata dulu player. Tak adalah romantik mana dia ni. Dulu sebelum menikah, cakap pun lembut je dengan aku.

Huh, dah kahwin lain jadinya. Baik aku ajak Haikal kahwin je dulu. Astaghfirullah...

Akhirnya kotak bertukar tangan.

“Nak bukak sekarang ke?” soalku bodoh.

“Eh, awak punya barang. Suka hati awaklah!” Ariffin leka memerhatikan langit yang dihiasi bintang-bintang.

Kotak dibuka. Erk? Jam tangan? Ingatkan rantai ke... gelang ke...

“Jam mahal ni, tahu?” Tangan Ariffin dah mengeluarkan jam dari kotaknya.

Aku menunggu tindakannya yang seterusnya. Ariffin menarik tangan kiriku. Jam berwarna silver itu dipakaikannya. Nasib baik jam tak termasuk dalam barang hantaran.

Kalau tak, rugi je jam sampai 2-3. Aku ni bukannya jenis suka melaram.

“Abang tak nak hadiahkan rantai, gelang. Rasa benda tu dah biasa orang hadiahkan untuk isteri dia masa baru kahwin.” Spontan je Ariffin membahasakan diri abang dekat aku.

Jam terletak elok dipergelangan tanganku. Kotak hitam tadi di ambil kembali.

“Nasib baik muat,” ujarnya tersenyum.

“Kenapa bagi jam?” soalku tidak mahu menjadikan malam ini terlalu sunyi.

Ariffin memandangku sejenak. Berfikir. “Kenapa eh?” soalnya tersenyum-senyum. Nampak nakal je riak mukanya.

“Sebab, tiap kali isteri abang ni tengok jam, dia akan ingat abang. Lagi, bila dia tengok masa berdetik, dia akan ingat masa berlalu sekejap je untuk kita hidup. Bila-bila je kita akan mati.

So, bila dia fikir macam tu, dia akan ingat nak beramal. Dalam pada masa yang sama...”

Aku menahan gelak. Dah macam ustaz pula dia punya penerangan. Baru kahwin dah cakap pasal mati semua. Aduhai... macam-macam!
“... bila dia sedar hidup ni tak lama, dia akan appreciate orang yang bagi jam ni dalam hidup dia,” tambahnya lagi.

Pening aku mendengarkan alasannya. Apa-apalah, Ariffin.

“Banyak benda yang kita saling tak kenal lagi kan?”
Aku mengangguk.

“Abang harap, kita tak ambil masa lama nak saling mengenali. Kalau tak...” Ariffin menunjukkan jam di tanganku.

“Masa berlalu cepat. Buang masa kita je nanti,” ujarnya ketawa.
Aku mencebik.

“Yati memang tak banyak cakap, eh? Bila dengan abang mesti dia main angguk-angguk geleng-geleng je,” komen Ariffin.

“Tak juga. Ikut keadaan.”

Ariffin tersenyum. Kotak hitam di letakkan kembali di meja cermin. “Jangan diam sangat Yati. Nanti kalau ada misscom dah susah. Lagipun, macam mana abang nak kenal Yati kalau macam ni? Hrm?”

“Abang faham kalau Yati susah nak terima abang. Mungkin Yati dah ada pilihan sendiri. Tapi, kadang-kadang pilihan sendiri belum tentu jodoh kita, kan?”

Aku mengangguk. Mengiyakan.

“Awak?”
Kening Ariffin terangkat. “Siapa?”
Faham dengan soalannya, aku bertanya sekali lagi. “Abang? Tak ada pilihan sendiri?”

Ariffin tersenyum senang mendengarkan aku membahasakan dirinya abang. Kemudian dia menggeleng.

“Tak ada. Sebab itu minta mak bertanyakan tentang Yati dekat mama.”

Aku memandang Ariffin pelik. “Kat sekolah dulu bukan ke ramai peminat? Takkan tak ada yang sangkut?”

Ariffin ketawa. “Masa sekolah tu kawan je semua,” jelasnya. Ariffin menarik aku ke dalam pelukannya. “Yati seorang je yang abang nak,” ujarnya lembut. Tangannya dilingkarkan ke pinggang. Geli memang geli, tapi bertahan sahajalah. Cuba untuk membiasakan diri.

Aku memandang ke luar tingkap. Langit masih ceria dengan bintang yang bertaburan. Kalau ditanya pada hati, nama siapa yang tertulis di sana, semestinya hati akan menjawab Haikal.

Tapi bila mengingatkan kata-kata Laila membuatkan aku berfikir panjang. Hidup bukannya fairy tale yang cinta itu mesti akan bersatu walaupun banyak halangan. Tetapi hakikatnya, sekalipun kita bercinta bagai nak rak dengan orang lain, kalau dia bukan jodoh kita, tetap tak akan bersatu.

Teringat kad yang Laila berikan bersama-sama dengan hadiah tadi. Sempat dia selitkan satu hadis dekat dalam kad comel itu:

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Happily ever after huh? Insya Allah aku akan usahakan. Amin...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience