Chapter 1

Romance Completed 24775

BAB 1

Telefon bimbit di campak ke atas katil. Hatiku membuak-buak dengan perasaan marah. Haikal tak dapat dihubungi. Entah kenapa, semakin lama aku semakin meluat dengan perangai Haikal. Nafas dihela perlahan. Sabar Yati, sabar.

Kaki dihayun ke arah meja cermin letaknya disebelah almari baju. Sikat dicapai lalu rambut yang kusut tadi aku sikat. Marahkan Haikal, rambut yang menjadi mangsa. Huh, semuanya serba tak kena kerana Haikal!

Dua minggu lepas, Laila memberitahu yang dia ternampak Haikal di Jaya Jusco. Mulanya aku tidak bersangka apa. Memang Haikal ada di sini, balik ke kampung. Tetapi apabila mendengarkan Haikal berjalan dengan seorang wanita yang tengah sarat mengandung, aku dah rasa lain.

Sekalipun aku cuba menyedapkan hati sendiri, namun encik hati dekat dalam ni tetap berdegil. Tetap tidak mahu berlembut. Terasa seperti ada sesuatu yang disorokkan Haikal. Lagi-lagi bila aku susah sangat nak ajak dia jumpa masa tu.

Aku berbaring di atas katil. Jam sudah menunjukkan 2 pagi. Mata masih tidak mahu lelap. Tangan mencapai handset yang ditindih dengan badan. Nombor telefon Haikal didail. Hati tak putus-putus berdoa agar talian bersambung. Sebaik sahaja taliannya bersambung, aku tersenyum senang.

“Hello? Bang? Abang kat mana? Kenapa tak angkat Ayang call?” bertubi-tubi soalan aku lontarkan.

Talian disebelah sana senyap. Bunyi orang bernafas pun tak ada. Aku mengerutkan dahi. Skrin telefon bimbit dipandang sekilas. Talian bersambung. Takkanlah hantu yang jawab kut?

“Hello?”

“Abang Haikal tengah tidur,” lembut sahaja suara perempuan itu menjawab.

Aku menelan air liur. Ah sudah! “Err... ini siapa ni?” soalku.Pada masa yang sama, aku cuba membina kekuatan. Takut-takut jawapan yang aku terima nanti boleh bagi heart attack. Siapa tahu?

“Saya isteri abang Haikal.”

Telefon bimbit terlepas daripada pegangan. Serentak dengan itu pipi dah dibanjiri. Dada terasa sebu.

Walaupun tak kena heart attack, namun jawapan tadi dah cukup membuatkan separuh nyawa aku melayang. Haikal, sampai hati Haikal buat Yati macam ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience