BAB 7

Romance Completed 10597

“Saya Darwan Ariffin, peguam keluarga Dato’ Mansur. Saya menggantikan ayah saya yang merupakan peguam asal keluarga ini tetapi sejak ayah saya sakit saya menggantikan tempatnya dan mengambil tugas-tugasnya. Saya datang ni atas arahan Dato’ Mansur.”

“O…macam tu, erm..suami saya masih belum balik, dalam sejam lagi mungkin dia akan sampai, kenapa encik tak ke pejabatnya?”

“Saya baru balik dari pejabatnya tapi setiausahanya cakap, dia ada meeting di luar dan akan terus balik ke rumah, jadi saya datang ke rumah sebab saya fikir dia dah balik…”

“Erm…boleh tak saya tahu tujuan En. Darwan datang? Ada apa-apa masalah ke?”

“O..tak ada apa-apa, saya cuma nak dia sahkan saya sebagai peguam keluarganya yang baru, Dato’ Mansur sudahpun tandatangan surat perjanjian ni…”, Lelaki itu menghulurkan fail perjanjian kepada Zahra tetapi zahra menolaknya.

“Tak apa, saya rasa lebih baik biar suami saya saja yang melihatnya, erm…awak nak minum lagi, biar saya tuangkan…”, kata Zahra dan seketika itu juga dia mendengar kereta yang dipandu pak Hassan tiba di depan rumahnya.

Dia cepat-cepat menuangkan minuman untuk lelaki tersebut kerana takut ketibaan suaminya tetapi belum sempat dia meletakkan kembali kaca yang berisi Nescafe itu, Zahra disergah oleh suara Imran menyebabkan kaca itu terlepas dari tangannya. Kaca itu terjatuh di lantai, ini membuatkan mak jah juga datang melihat apa yang berlaku.

“Apa yang kau buat ni? Siapa lelaki ni? Kenapa dia ada dengan Zahra? Apa yang kamu buat waktu abang tiada?”, suara Imran meninggi bertanya pada zahra. Zahra hanya tunduk takut memandang suaminya.

“Hei, apa kau buat dengan isteri aku? Dia bawa kau kemari ke?”

“Eh, tak, saya…saya Darwan…saya ni…”, gementar juga lelaki itu menjawab dan kerana itu Imran memotong.

“O Darwan, jadi kau selalu datang ke mari kacau isteri aku?”

“Abang, dia tu…”, Zahra cuba bersuara tetapi Imran memandang isterinya dengan tajam.

“Dia apa? Kawan baik? Kekasih gelap? Jadi sekarang ni zah dah pandai bawa lelaki datang rumah?”

“Tidak abang, dia tu peguam, dia datang nak jumpa abang…”

“Abang tak percaya, abang tahu zah mesti ada hubungan dengan lelaki ini kan…”

“Abang, tolonglah bang, zah tak curang dengan abang, dia betul peguam…”, Zahra mula merayu pada Imran sambil tangisannya mula kedengaran.

“Ya Imran, jangan salah faham, saya datang nak…”, belum sempat lelaki tersebut menghabiskan kata-katanya Imran memandang dan terus menumbuk lelaki tersebut menyebabkan dia rebah di lantai, mulutnya berdarah, pak hassan terkejut melihat tingkahlaku Imran lalu cuba menenangkan keadaan. Dia cuba menolong lelaki tersebut dan menyuruhnya balik dahulu. Mak jah memandang dari jauh dia tahu sikap panas baran Imran tetapi dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

“Zah, cakap dengan abang, sejak bila zah dah pandai bawa lelaki datang rumah? Kenapa zah sanggup buat benda tak baik dalam rumah abang ni..”, Imran benar-benar marah, dia seperti merasa dirinya dipermainkan tetapi dia tidak tahu dirinya dikuasai oleh cemburu yang tidak bertempat, cemburu buta.

“Apa maksud abang? Zah tak buat apa-apa bang..”, kata zahra dalam tangisannya.

“Yang ini apa? Inilah hasilnya, patutlah abang ragu-ragu ini anak abang rupanya anak orang lain, entah lelaki siapa yang zah dah layan ni…”, marah Imran sambil tangannya menunjuk perut Zahra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience