BAB 1

Romance Completed 10597

Saat ini kalau boleh dia ingin terbang ke awan, hatinya berbunga girang. Inilah pilihan yang tepat untuknya, dia nekad dan muktamad. Hari ini akan menjadi memori indah untuknya kerana dia bakal mendirikan rumahtangga dengan pemuda yang baru dua kali ditemuinya, itupun hanya dari jauh, tetapi dia sudah jatuh cinta pertama dengan pemuda itu.

Lelaki pujaannya, Imran merupakan anak kepada kawan ayahnya, ayahnya banyak terhutang budi pada keluarga Imran. Oleh itu sebagai menghormati dan meneruskan lagi tali persaudaraan, ayahnya bersetuju mereka dikahwinkan itupun kerana permintaan Dato’ Mansur ayah Imran. Mulanya Imran tidak bersetuju berkahwin atas pilihan keluarganya tetapi setelah melihat gambar Zahra dia terus bersetuju.

Zahra yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Akauntan, belum setahun bekerja kini terpaksa berhenti kerana kemahuan Imran sendiri. Dia mahukan seorang isteri yang berada di rumah. Zahra agak hairan tetapi tidak membantah malah merasakan Imran pasti seorang pemuda yang baik. Zahra yang sedang mengelamun terhenti apabila ibunya memanggilnya.

“Apa yang kau fikirkan tu Zah? Mengelamun pula, dah siap ke, pengantin lelaki dah sampai tu..”

Zahra hanya tersenyum lalu bangun mendekati ibunya. Baju pengantin yang dipakainya sedondon dengan pengantin lelaki iaitu biru laut. Dia tersenyum kegembiraan, ibunya juga senyum, dia lebih gembira kerana akhirnya anak sulungnya berkahwin juga. Hanya sekali lafaz, Nurafika Zahra binti Mohd Nordin kini sah menjadi isteri kepada Zafrul Imran bin Dato’ Mansur.

Setelah penat melayan tetamu, Zahra meminta kebenaran daripada keluarganya untuk berehat. Dia rasa sedikit pening mungkin kerana keletihan tetapi apabila memasuki biliknya pening itu terubat. Dia melihat langsirnya dipasang baru berwarna biru laut kegemarannya. Katil yang bercadar juga biru laut banyak dihiasi bunga-bunga dari taman ibunya. Kemudian dia beralih kearah meja soleknya. Rupanya aku kelihatan nampak cantik disolekkan fikir Zahra, dia tersenyum-senyum melihat cermin hingga menampakkan lesung pipit kecil sebelah menyebelah bibir bawahnya.

Zahra bergerak ke atas katil. Baru dia teringat hari ini merupakan malam pertama bagi dia. Dia mula merasa sedikit takut kerana dia tidak mahu begitu awal disentuh. Lagipun dia belum mengenali sangat pemuda yang kini adalah suaminya. Namun sebagai seorang isteri dia harus mengikut kata suaminya. Zahra menunggu kedatangan Imran sehingga dia terlelap sebentar. Kemudian dia terjaga dan terkejut Imran juga berbaring di depannya sambil memandangnya.

“Eh..abang, bila abang masuk, zah minta maaf sebab terlelap, erm…tetamu semua dah balik ke?”, Zahra cepat-cepat bangun dan duduk berhadapan Imran tetapi Imran masih berbaring sambil memandangnya tanpa menjawab soalan Zahra. Dia jadi hairan dengan perlakuan Imran yang tersenyum-senyum.

“Kenapa bang, ada yang tak kena ka? Kenapa abang tenung Zahra macam tu?”, soal Zahra lagi sambil meraba pipinya kalau-kalau ada yang tak kena.

“Tak ada apa-apa, Zahra memang cantik, tak puas abang memandang Zah, erm…pening zah dah ok?”, Tanya Imran sambil memegang dahi Zahra takut-takut dia demam.

“Zah dah ok dah, erm…abang nak…”, Zahra tidak meneruskan niatnya untuk bertanya, dia harap Imran faham akan maksudnya.

“Eh..tak, abang belum puas nak berdua dengan Zahra, lagipun abang nak isteri abang ni cantik sentiasa…”, kata Imran sambil tersenyum.

“Jadi abang tak nak zah macam ni?”, Tanya Zahra lagi sambil tangannya membuat bulatan berdekatan perutnya yang bermaksud mengandung.

“Bukan, tentulah abang nak tapi abang nak fikir yang itu kemudian…”, katanya lalu bangun dan duduk memandang zah lagi.

“Janganlah tenung zah macam tu, zah rasa malu pula…”

“Opps..abang minta maaf, jom tidur, tak sabar nak peluk isteri abang ni lagipun besok abang kena kerja sebab ada meting untuk projek baru abang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience