BAB 5

Romance Completed 10597

Selepas kejadian itu, Zahra mula menyedari suaminya seorang yang panas baran dan cemburu yang amat tinggi. Tetapi Zahra tidak begitu ambil kisah selagi suaminya masih sayangkan dia, Zahra pasti akan tetap di sampingnya.

Sebulan selepas balik dari bercuti, zahrah mula rasa pening-pening setiap pagi, makan pun tidak berapa selera, tekak terasa loya dan kalau hendak makan pun Zahra rasa seperti nak muntah. Tengahari itu seperti biasa mak jah menyediakan makanan untuk zahrah, tetapi kali ini zahrah tidak langsung dapat memakannya kerana baunya betul-betul membuatkan zahra nak muntah. Dia berlari ke arah sinki. Mak jah kehairanan, dia menghidu bau makanan yang dimasaknya tapi tiada bau pun yang meloyakan, malah mak jah seperti lapar melihat makanan yag dimasaknya sendiri. Mak jah mula berfikir dan membuat andaian bahawa zahra mungkin sedang mengandung. Dia mendekati zahra.

“Puan sakit? Mak jah rasa puan kena jumpa doktor cepat-cepat..”, kata mak jah sambil mengusap belakanga zahra.

“Tak payahlah mak jah, saya perlu rehat je, minta maaf mak jah saya tak dapat nak makan hari ini, mak jah dan pak hassan makan la, saya naik atas dulu..”, kata Zahra kemudian berlalu ke tingkat atas.

Mak jah hanya memandang zahra berlalu, kemudian berlari anak ke arah pak hassan yang duduk di luar. Dia memberitahu sesuatu kepadanya lalu kereta yang pak hassan bawa keluar dari rumah itu. Sejam kemudian Imran datang menjenguk Zahrah yang sedang tidur.

“Abang, bila abang sampai? Dah lewat ke bang?”, tanya zahra lalu cuba untuk bangun tetapi Imran menahan.

“Mak jah cakap zah sakit, abang datang cepta-cepat takut zah pengsan…”, kata Imran tersenyum seperti hendak bergurau. Zahra juga tersenyum menampakkan lesung pipitnya membuat Imran bertambah senyumnya.

“Abang bawa zah pergi klinik ye…”

“Eh..tak apa la bang, zah tak nak susahkan abang…”

“Kalau tak nak abang susah, kenalah dengar cakap abang…”, mereka tersenyum lagi, Zahrah mencubit manja pinggang Imran. Dia kemudian cuba bangun dibantu Imran.

Sampai di klinik dia menyuruh Zahra duduk sebentar, Imran terus menuju ke kaunter.

“Cik, ada tak doktor perempuan?”

“Ini klinik Dr Murad, tak ada doktor perempuan…”, kata nurse yang menjaga kaunter, dia sedikit berkasar kerana pertanyaan itu difikirnya tidak logik.

“Saya tahulah ini klinik Dr. Murad, tanya pun jawablah baik sikit…”, kata Imran membalas dengan sedikit kemarahan. Kemudian dia terdengar suara dari belakang.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam..”, Imran menolah lalu dia terlopong sebentar.

“Im…saya tak sangka jumpa kau di sini…”, kemudian mereka bersalaman.

“Raz, akhirnya kau jadi doktor juga, dulu saya dengar dari kawan-kawan kita kau sambung belajar doktor selepas ambil ijazah business, betul rupanya kau jadi doktor…”, kata Imran gembira kerana berjumpa dengan kawan sekolejnya.

“Ya tapi masih ada setahun lagi belajar sebelum jadi doktor yang sebenarnya, saya minta praktikal kat sini, klinik pakcik saya…kau datang sini nak buat apa, kau sakit ke?”

“Eh bukanlah, saya bawa isteri saya jumpa doktor, kat sini tak ada doktor perempuan ke?”

“Kau ni, masih lagi perangai lama, tak kan dah beristerikan dia kau takut dikebas orang pula…”, tanya Razlan, dia tahu Imran dulu banyak peminat tapi hanya seorang yang diminatinya, jika ada lelaki lain kacau perempuan yang dia suka pasti diberi amaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience