BAB 3

Romance Completed 10597

“Terima kasih, dah cukup, tak payah lebih-lebih, dia dah jadi isteri saya…”, katanya lalu menutup handphone Zahra dan meletakkan semula di meja solek dan berlalu semula ke balkoni.

Zahra hairan melihat sikap suaminya. Lalu dia mendekatinya.

“Kenapa abang buat macam tu? Dia tu kawan baik Zah, dia selalu tolong Zah sewaktu di kampus dulu…”, Zahra memandang suaminya yang sedang membaca surat khabar.

“Abang, dengar tak, zah tanya ni, kenapa…”

“Abang tak suka zah bercakap lama-lama dengan lelaki, entah dia nak apa kita tak tahu walaupun dia kawan baik Zahra dia mungkin ada niat lain…”, Imran memotong pertanyaan isterinya.

“Tak mungkinlah, zah kenal dia bang, dia tu…”

“Zah, boleh tak zah dengar kata abang? Abang tak suka zah cakap dengan lelaki lain..”, kata Imran agak kasar. Dia menghempas surat khabar di meja lalu pergi ke arah katil. Zahra mengikuti suaminya dia jadi serba salah dan mahu membela diri tetapi ibunya sudah berpesan dia harus mengikut kata suaminya.

“Abang, Zah minta maaf, lain kali zah tak buat lagi, maafkan Zah bang..”, dia memujuk suaminya, dalam hati dia membuat andaian sendiri, pasti suaminya cemburu.

“Janji tak buat lagi k, sebenarnya abang tak mahu zah bercakap dengan lelaki lain, abang rasa zah tak peduli kan abang lagi..”, kata Imran memandang Zah yang duduk didepannya.

“Abang cemburu ye…”, katanya lalu dia ketawa kerana Imran mencuit pinggangnya, Imran jadi malu kerana Zahra tahu sikap cemburunya.

Beberapa bulan selepas itu, Imran membawa isterinya pergi bercuti, dia sebenarnya ada urusan perniagaan yang perlu dibincangkan dengan pelabur dari luar Negara. Mereka mengadakan perjumpaan di sebuah resort pastinya berhampiran pantai. Zahra begitu gembira kerana dibawa bersama, Zahra memang sukakan pantai.

“Abang, boleh tak temankan zah pergi pantai kejap? Tak sabar nak sentuh air laut…”, kata Zahra yang sedang memandang pantai melalui tingkap bilik yang mereka pilih untuk menginap. Sengaja Imran memilih bilik yang berhadapan dengan pantai.

“Abang ada urusan sikitlah sayang, kalau tak sabar juga nak pergi sana, Zahra pergi sendiri ye, nanti abang cari zah dekat sana lagipun sekejap je ni, nak sambut pelabur abang yang dari luar Negara tu, besok baru meting..”, panjang lebar kata-kata Imran sambil membetulkan tali lehernya.

“Mari zah betulkan, nampak senget sikit…”, kata Zahra lalu tangannya dengan lembut membetulkan tali leher Imran berwarna biru gelap. Imran memerhatikan muka Zahra lalu memegang tangan Zahra yang lembut.

“Macam mana nak betulkan tali leher kalau abang pegang tangan Zah?”, Tanya Zahra manja.

“Isteri abang hari ni cantiklah…”, kata Imran lalu mencium tangan Zahra.

“Abang ni suka usik zah, dahlah nanti abang lambat, nah jam tangan zah pakaikan k…”

Selepas mencium dahi isterinya, Imran berlalu menuju ke lobi resort. Selepas sejam dan suaminya belum juga tiba, Zahra bersiap mahu ke pantai. Oleh kerana tidak mahu kulitnya gelap, dia memakai losyen sunblock untuk muka dan tangannya. Dia mencapai cermin gelap sebelum melangkah keluar pintu.

Semasa sedang bermain air, Zahra dikejutkan oleh seorang pemuda yang memakai topi sedang membawa kemra yang disangkutkan dilehernya. Lelaki itu mengambil gambar Zahra yang sedang bermain air membuatkan dia sedikit terkejut.

“Awak nampak comel…”, kata lelaki itu menyebabkan Zahra takut dan mahu beredar dari situ. Tetapi pemuda itu menahannya dari depan.

“Cik tak perlu takut, saya bukan orang jahat, saya cuma nak ambil gambar…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience