BAB 8

Romance Completed 10597

Zahra menampar pipi Imran untuk menyedarkan dia. Zahra mula hilang sabar, sampai hati suaminya menuduhnya bukan-bukan sehinggakan anak dalam kandungannya itu difikirkan anak hasil maksiat. Zahra melangkah bernekad mahu pergi dari rumah milik Imran, kerana baginya tuduhan itu sangat-sangat tidak boleh dimaafkan. Dia tidak sangka suaminya terlalu ego, cemburu yang melampau-lampau. Dia mula mengemas pakaian-pakaiannya dan mula menuruni tangga, tiba-tiba dia dikejutkan oleh Imran.

“Zah nak ke mana ni? Zah, abang bukan bermaksud nak halau zah, maafkan abang zah sebab tak dengar dulu kata-kata zah…”, Imran baru tahu akan perkara sebenar setelah papanya Dato’ Mansur menelefon ke rumahnya. Papanya mendapat tahu mereka bergaduh dari peguamnya sebentar tadi.

“Abang, Zah nak minta cerai dengan abang, zah dah tak tahan lagi, dari awal perkahwinan kita hinggalah hari ini abang selalu tuduh zah yang bukan-bukan, abang ingat zah ni apa perempuan murahan? Zahra tak pernah curang dengan abang malah setiap kata-kata abang, zah ikut, semua kemahuan abang zah ikut tapi ini yang zah dapat bang, kata-kata yang kesat, kata-kata yang menyakitkan hati…”, Zahra menangis semahu-mahunya tetapi dia tetap nekad mahu pergi dari rumah ini.

“Zah, jangan tinggalkan abang zah, abang sayangkan zah, abang cintakan zah sepenuh hati abang, cuma abang tak dapat kawal diri, abang jadi marah bila nampak zah dengan lelaki lain, abang tak suka zah bersama dengan lelaki lain…”, Imran terduduk sambil memeluk kaki Zahra, dia merayu agar Zahra memaafkan.

“Zahra tak tahan dengan perasaan cemburu abang, Zahra bersabar dari awal sebab Zah juga sayangkan abang tapi Zah rasa lebih baik kita berpisah, ceraikan Zah bang, Zahra berjanji takan cari lelaki lain sebagai bukti bahawa Zah setia dan sayangkan abang dan abang boleh lihat anak kita bila-bila masa sahaja jika abang masih mengakui ini anak abang tapi Zah tak mahu tinggal dengan abang.”

“Zah, maafkan abang Zah, maafkan abang…”, kata Imran, suaranya semakin tidak kedengaran kerana menangis, dia melepaskan kaki Zahra sambil tertunduk di lantai, tangannya menumbuk lantai tanda kesal.

“Abang, halalkan makan minum zah dunia hingga akhirat, selamat tinggal sayangku…”, lalu Zahra pergi meninggalkan rumah putih tingkat dua, meninggalkan kenangan pahit manis bersama insan yang dicintainya, pergi dengan sayu dan hiba kerana hati yang sungguh terluka, terluka bukan sahaja kerana sikap Imran tetapi kerana perpisahan yang tak mungkin dia akan tarik balik. Hanya di pintanya agar Imran menemui anak yang dikandungnya suatu hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience