BAB 2

Romance Completed 10597

Zahra mengangguk, dia bangun memastikan pintu berkunci dan menutup lampu kemudian berbaring di sisi Imran. Dia rasa ada kehangatan menusuk kalbunya, lebih-lebih lagi bila Imran mengucup bibirnya terasa kebahagian itu adalah miliknya. Dia harap dia akan kekal bahagia bersama suaminya sampai bila-bila.

Pagi itu Zahra bangun agak lewat dan mendapati suaminya sudah tiada. Mungkin dia sudah pergi pejabat fikirnya. Lalu dia mandi dan bersiap untuk turun ke bawah. Sedang dia menyikat rambutnya dia ternampak secebis nota dari Imran.

“Sayang, jangan lupa berkemas pakaian dan barang-barang, sebab abang nak bawa sayang balik ke rumah kita, tengahari nanti kalau abang tak dapat jemput, abang akan suruh driver kita jemput sayang ok..”

Zahra rasa sedikit sedih sebab belum sehari dia berkahwin dia terpaksa meninggalkan ibu dan ayahnya serta dua lagi adik lelakinya. Namun sebagai isteri dia harus menjalankan tanggungjawabnya di rumah suaminya.

Tengahari itu, dia terdengar bunyi hon kereta di depan rumahnya, pasti itu Imran fikirnya lalu menjenguk di depan pintu tetapi yang keluar adalah pak Hassan, driver Imran. Pasti Imran sibuk katanya sendirian.

“Puan, ada barang-barang yang perlu diangkat?”, pak Hassan bertanya sebaik berdepan dengan Zahra.

“Ada dekat ruang tamu, tolong angkat ye..”, kata Zahra, dia kemudian memeluk ibunya yang ada di sisinya.

“Ibu, rasa berat hati lah nak tinggalkan ibu..”

“Dahlah Zahra tak perlu nangis, ibu faham lagipun kau dah ada suami, kena jaga makan minum, pakaian, dan sakit suami, jangan pula derhaka.”

“Baik, ibu…ayah, minta maaf kalau Zahra dah susahkan ayah terutamanya untuk perkahwinan Zahra.”, kata Zahra sambil mencium tangan ayahnya penuh hormat.

“Budak ni, nak minta maaf pula, ayah gembira sebab Zahra dah bersuami, takdelah ayah susah hati nanti..”, kata ayahnya sambil tersenyum.

“Ah..angah, achik, akak pergi dulu, jaga ibu dan ayah baik-baik tau…”, katanya kepada dua adiknya yang masing-masing berumur 18 dan 20 tahun.

Selepas mengucapkan selamat tinggal, kereta yang dinaiki Zahra mula bergerak ke rumah dua tingkat berwarna putih kepunyaan Imran. Perjalanan mengambil masa hanya sejam untuk sampai.

Zahra memasuki rumah Imran, setiap sudut rumah itu ada lukisan tergantung, semuanya cantik, sofa pula seperti baru, di satu bahagian dalam rumah itu terdapat rak-rak yang menyimpan piala-piala dan banyak gambar tergantung. Sedang dia memerhati setiap gambar itu dia terkejut kerana ada suara dari belakangnya menyapa.

“Puan dah sampai? Nak mak jah sediakan air?”, kata seorang perempuan yang dalam lingkungan 50-an. Mak Jah merupakan pembantu rumah Imran tetapi Imran menganggapnya seperti ibu, Mak jah adalah pengasuhnya sejak dari kecil. Zahra memandang ke arah suara itu dan mengangguk.

“Puan duduklah dulu, mak jah buatkan air ye..”

Kehadiran Zahra menjadi penyeri rumah putih itu, sejak dia ada, Imran selalu balik ke rumah untuk makan. Kalau sebelum ini imran hanya menyuruh mak jah masak jika dia sudah bosan makan di luar. Dalam beberapa minggu dia menjalankan kehidupan sebagai isteri, dia belum nampak sikap Imran sebenar, dia hanya tahu Imran penyayang.

Suatu hari, di petang minggu, semasa Imran dan Zahra sedang duduk di balkoni, handphonenya berdering minta diangkat lalu dia mendapatkan handphonenya di meja solek dan menjawabnya.

Agak lama juga dia menjawab panggilan itu membuatkan Imran rasa curiga. Dia mendekati Zahra lalu mengambil handphone di tangan Zahra dan Zahra terkejut dengan perbuatan suaminya. Suaminya mendengar itu adalah suara lelaki lalu dia menjawab.

“Awak siapa, awak nak apa dari isteri saya?”, Imran meninggi sedikit suaranya.

“Erm..saya…kawan baik Zahra, saya cuma mengucapkan tahniah…”, belum sempat dia menghabiskan kata-kata lalu dia memotong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience