BAB 4

Romance Completed 10597

“Semua orang boleh mengaku bukan orang jahat lagipun awak ambil gambar saya tanpa izin saya..”, kata Zahra lalu mahu memintas lelaki di depannya. Tetapi lelaki itu sekali lagi menahannya.

“Tunggu cik, saya minta maaf sebab itu, saya rasa cik sesuai jadi model saya, siapa nama cik?”

“Saya tak mahu, awak boleh cari orang lain lagipun saya dah kahwin, ketepi saya nak balik ke bilik..”, lelaki itu memandang jari kanan perempuan itu dan ternampak cincin emas bertaktha berlian tersarung di jari manisnya.

“Oh…saya minta maaf, saya tak tahu, erm…boleh saya tahu nama puan?”, lelaki itu tersenyum pada Zahra, nampak kacak juga fikirnya tetapi tidak setampan suaminya.

“Nurafika Zahra, awak boleh panggil Zahra..”, katanya mula menyenangi lelaki tersebut tetapi dia masih takut kerana suamniya pasti marah jika dia bercakap dengan lelaki lain.

“Sedap nama tu, saya Iskandar, jurufoto untuk majalah pelancong, boleh tak kalau saya ambil gambar puan?”

“Saya dah lambat ni, awak cari lah orang lain…”, kata Zahra lalu cuba memintas lagi tetapi lelaki itu masih mahu mengejarnya.

“Tak lama sekejap je, sekali klik, puan boleh pergi tapi saya nak puan senyum, puan nampak cantik..”, kata lelaki itu yang sudah bersedia mahu mengambil gambar tetapi tiba-tiba lelaki itu rebah dipukul seseorang dari belakang. Rupa-rupanya Imran.

“Abang, sakit tangan Zah…”, kata Zahra merayu minta dilepaskan. Dari pantai itu lagi Imran menarik tangan Zah dengan kuat, tidak menghiraukan kata-kata zah yang kesakitan dan tidak juga menghiraukan orang memandang ke arah mereka, dia membawa zah balik ke bilik lalu dilepaskan. Zahra mengosok-gosok pergelangan tangannya yang nampak lebam.

“Kenapa Zahra layan lelaki tu? Kan abang cakap, abang tak suka Zahra layan lelaki lain…”, bentak Imran dengan tajam memandang Zahra.

“Zah tak layan bang, dia yang mengejar zah, dia kata nak ambi gambar zah, zah dah mengelak tapi lelaki itu tahan…”

“Patutlah Zah nak sangat pergi ke pantai, rupanya nak jumpa lelaki lain, zah memang tak tahu malu, dah bersuami nak jumpa lelaki lain…”

“Abang…zah tak macam tu bang, zah minta maaf sebab tak dengar cakap abang tapi bukan maksud zah nak sakitkan hati abang, zah cuma nak ke pantai nak pergi sentuh air, lepas tu tiba-tiba datang lelaki yang langsung zah tak kenal, zah terus nak balik tapi lelaki tu yang…”

“Yang apa? Jangan nak tipu abanglah zah, kalau tak kenal kenapa layan sangat lelaki tu, zah tu isteri abang, isteri kepada Imran anak Dato’ Mansur, abang tak nak nanti orang fikir abang beristerikan perempuan tak tahu malu…”, Imran melepaskan kemarahannya dengan menumbuk cermin meja solek. Nasib baik hanya retak, tangan Imran berdarah terkena serpihan kaca. Zahra terkejut lalu memujuk suaminya.

“Abang, tolong maafkan Zahra, zahrah janji Zahra takan ke mana-mana tanpa abang…”, rayu Zahra memeluk suaminya. Kemudian Zahra memegang tangan Imran dan membawa Imran ke katil. Dia mengelap tangan Imran yang berdarah dengan tisu lalu membalutnya selepas meletak minyak luka yang dibawa Zahra ke mana saja.

“Abang, marah Zahra lagi ka, abang…zahra betul-betul minta maaf..zahra..”, air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga ke pipi, dia langsung tak berniat mahu menyakiti suaminya. Kerana belas kasihan dan sayang yang amat dalam, Imran mengesat air mata Zahra, dia mula rasa bersalah.

“Abang minta maaf sayang, abang bukan nak buat zah menangis tapi abang memang tak suka bila zah bercakap dengan lelaki lain.”

Imran memeluk isterinya yang masih mengalirkan air mata. Zahra tahu suaminya sangat sayang padanya dan dia tak salahkan suaminya bersikap seperti itu, dalam hatinya membuat andaian mungkin semua suami akan bersikap seperti itu apabila nampak isterinya bercakap dengan lelaki lain. Dia terlena dalam dakapan Imran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience