BAB 6

Family Completed 6049

“Sudah, Wahab! Jangan kau nak dera budak itu. Kita ikut cara sebenar. Kalau nanti terbukti Mursyid bersalah, biar undang-undang mengadili. Kamu jangan nak ikut sangat amarah itu.”

Ucapan imam itu langsung tidak didengari lagi saat dia sudah gila menerajang badan anak muda itu biarpun dihalang oleh esak tangis isterinya.

“Sanggup kau bersumpah dengan nama Allah, Mursyid? Mak ayah kau mati pun sebab kau ini memang anak bawa sial,anak tak guna,menyusahkan hidup orang lain.Sebab itu Allah tarik nyawa Saad dengan Zainab itu awal. Patutnya kau tak payah hidup dalam dunia ini. Bukan berguna untuk orang lain pun.”

Imam Abu Said sudah beristighfar perlahan. Kesabaran Mursyid memang tinggi.

“Allah … Ya Allah…”

Pilu hati Mursyid dihina di hadapan penduduk kampung yang hampir kesemuanya menyalahkan dirinya. Umi dan abah mati bukan sebab dia, tapi kerana takdir Allah tercipta begitu.Dia hidup selama ini berpegang kepada kenyataan dan prinsip yang satu itu. Namun, saat ada yang mempersoalkan, siapa dia untuk menutup bicara manusia?

‘Aku cakap sudah Wahab! Sudah!Jangan kau nak hina keluarga Mursyid. Siapa kau nak hina mak ayah Mursyid?’

“Mana Qasira? Biar dia sendiri yang bercakap depan aku. Aku nak dengar daripada mulut budak itu sendiri.”

“Tak usah, Imam. Dia dah mengaku dengan saya tadi. Memang betul,lelaki ini yang salah..”

“Ayah, sudah-sudahlah buat fitnahnya.”

Dalam kemelut yang melanda, Qasira muncul saat bapanya asyik menyalahkan Mursyid. Kebenaran yang dibawa dengan satu tujuan, demi membenarkan apa yang sepatutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience