BAB 8

Family Completed 6049

Semalaman,dia teringat akan anaknya Iskandar di kejauhan. Peristiwa yang menimpa Mursyid turut membawa ingatannya terbang mengingatkan Iskandar di kota cinta Mesir yang kini sibuk mendalami ilmu usuluddin dan tahfiz Al-quran.

Hal ini kerana terkenangkan keakraban sekawan ini yang diibaratkan seperti isi dengan kuku. Dia masih teringatkan akan permintaan anaknya yang ingin mengajak Mursyid untuk tinggal bersama mereka setelah kehilangan tempat bergantung.

Namun keakraban mereka tidak lama setelah Iskandar ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar Negara. Mursyid tidak turut serta kerana dia tidak ingin menyusahkan mana-mana pihak untuk menampung pembelajarannya.

Ada rindu yang menjelma setelah sekian lama terpisah.Biarpun begitu, akhir-akhir ini, hatinya berasa tidak keruan. Berkali-kali dia beristighfar sendiri. Bimbang jua andai Azazil yang merasuk di minda. Dia memohon Allah melindungi dirinya daripada segala macam syak wasangka.

Imam Abu Said membilang hari tuanya. Hendak berjalan pun, sudah lenguh sekali kedua-dua lututnya. Dia sudah tidak larat. Sudah sampai saatnya, dia berehat. Dakwah lamanya sudah lapuk untuk menyeru anak-anak muda yang semakin dahagakan ilmu agama. Biarlah pula insan baru dengan cara yang berbeza membawa panji agama itu untuk terus dijunjung memuliakan Islam.

“Iskandar,baliklah nak.Baliklah.Mereka di sini sangat memerlukanmu,nak.” Rintihnya seorang diri.

“Assalamua’laikum,Imam…

Imam Abu Said yang sedang berteleku berpaling kearah lelaki itu. Semakin kuat getaran tangannya menolak butir-butir tasbih yang berjuntaian.

“Waa’laikumussalam. Ada apa,Hussein?”

“Minta Imam kuatkan hati. Tadi, dapat khabar daripada orang di sana, beritahu Iskandar terlibat dalam rusuhan di bandar utama,Mesir. Dia terlibat dalam pergerakan anti Mursyi. Ramai yang terkorban.

Dan, Allah sangat menyayanginya.Dia meninggal dua jam yang lalu.Harap Imam banyak-banyakkan bersabar. Ini semua ketentuan-Nya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience